Harian Metro

Jadilah suami idaman!

-

Tugas di rumah sepatutnya dilakukan bersama-sama demi mengecapi kebahagiaa­n

DARI MUKA H57

Pakar motivasi, Dr HM Tuah Iskandar berkata, apabila kedua-dua pasangan keluar bekerja, soal pembahagia­n tugas perlu dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan hubungan terbina berkekalan dan tidak terlalu membebanka­n isteri.

Menurutnya, jika pembahagia­n tugas tidak dilakukan dengan adil terutama ketika Ramadan, ia akan merosakkan keharmonia­n kekeluarga­an yang terbina terutama apabila isteri banyak memendam rasa.

“Seperti yang semua sedia maklum, tugas wanita semakin bertambah pada

Ramadan terutama bagi wanita yang bekerja. Sebaik saja pulang ke rumah, mereka terus bersiap sedia menyediaka­n juadah berbuka manakala sebelum tidur pula memastikan bahan untuk sahur disiapkan lebih awal untuk memudahkan kerja keesokan paginya.

“Ini belum masuk tugas hakiki menguruska­n anak, mengemas rumah dan membasuh pakaian. Pastinya mereka berasa penat dan ramai wanita mengakui mengharapk­an suami turut membantu dalam melaksanak­an tugas di rumah supaya isteri juga dapat menunaikan ibadat terutama menunaikan solat Tarawih,” katanya.

Katanya, tugas di rumah sepatutnya perlu dilakukan bersama-sama demi mengecapi kebahagiaa­n sebenar dan tanpa ada rasa dendam mahupun keterpaksa­an dalam hati.

“Suami idaman ialah yang dapat menenangka­n isterinya dan memahami apa yang tersurat mahupun tersirat di sudut hati isteri bukanlah hanya memerintah atau duduk goyang kaki menghadap telefon pintar masingmasi­ng.

“Disebabkan itu, jalan terbaik bagi lelaki ialah membantu isteri di mana yang patut. Jangan asyik duduk bersenang lenang apabila pulang ke rumah dan mengharapk­an isteri menyediaka­n semuanya kerana isteri juga penat bekerja,” ujarnya.

Berkongsi pandangan dalam isu ini, Mohd

Hafiz Zahidi, 30, berkata, membantu isteri di rumah terutama ketika Ramadan antara perkara paling penting dan memainkan peranan terbesar dalam hubungan suami isteri.

“Isteri saya sering mengadu penat dan tertekan untuk menguruska­n kerja rumah. Bagi saya ia adalah normal kerana isteri juga bekerja. Saya berusaha membantuny­a mengikut kemampuan diri.

“Saya akan mengemas rumah pada hujung minggu seperti menyapu keseluruha­n kawasan. Sesekali saya juga cuba menyediaka­n hidangan di dapur kerana soal menjaga anak banyak diuruskan isteri,” katanya.

Menurutnya, biasanya sepanjang Ramadan, dia juga akan pastikan membantu membasuh pinggan dan mangkuk pada waktu malam juga kadang kala memberikan isterinya ‘cuti rehat memasak’ dengan membeli juadah berbuka di luar.

“Ini bukan soal takut kepada isteri tetapi bagi saya adalah cara untuk menghargai isteri. Lebih manis untuk kami melakukann­ya bersamasam­a bagi mengelak sebarang masalah yang mungkin boleh terjadi pada kemudian hari.

“Syukur, hubungan kami semakin erat apabila mengamalka­n kerjasama ini terutama pada bulan puasa di mana setiap individu berlumba-lumba mengumpul pahala masing-masing,” ujarnya.

Sementara itu, bagi Armanorzih­a Abd Rahman, bantuan diberikan suami dalam menguruska­n rumah tangga dapat meringanka­n bebanan dan menjadikan isteri lebih dihargai.

“Wanita kini banyak tanggungja­wab sama ada di rumah mahupun di tempat kerja dan disebabkan itu juga bantuan suami terutamany­a ketika Ramadan amat penting bagi merasai maksud sebenar perkahwina­n iaitu perkongsia­n.

“Suami isteri bukan saja perlu berkongsi suka duka, malah perlu berkongsi melakukan tugas tidak kiralah menguruska­n anak atau hal rumah tangga lain,” katanya.

Tambahnya, ia juga dapat mengurangk­an tekanan yang dialami dan menambahka­n kemesraan suami isteri. -Siti Nadirah Hafidzin

 ??  ?? SUAMI isteri perlu bekerjasam­a terutama ketika Ramadan.
SUAMI isteri perlu bekerjasam­a terutama ketika Ramadan.
 ??  ?? MOHD Hafiz dan keluarga.
MOHD Hafiz dan keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia