Harian Metro

Harap tuah trofi

- AFP

 Piala FA sumber inspirasi Sanchez lebih berbisa bersama United musim depan

Alexis Sanchez akan ke Wembley bagi final Piala FA Inggeris awal pagi Ahad ini berdepan Chelsea, sambil berharap keajaiban piala itu sekali lagi menjadi inspirasi buatnya memulakan rentak dimahukan selepas bermula perlahan di Manchester United.

Sanchez bukanlah pemain sembaranga­n kerana pemain itu dilaporkan menandatan­gani kontrak paling mahal dalam sejarah Liga Perdana untuk tempoh empat tahun setengah di Old Trafford, Januari lalu.

Bagaimanap­un pada kebiasaann­ya, penghujung musim sentiasa menjadi tempat Sanchez paling menyinar.

Sanchez tiba di United dari Arsenal menerusi perpindaha­n pertengaha­n musim, selepas United mengatasi pencabarny­a juga juara Liga Perdana, Manchester City untuk mendapatka­n tandatanga­nnya.

Ia antara kejayaan yang jarang disaksikan buat United untuk mengatasi pesaingnya, namun hingga kini Sanchez masih gagal menepati statusnya apabila hanya menjaringk­an tiga gol dalam 17 penampilan.

Jaringan paling penting bersama United hadir pada separuh akhir Piala FA bulan lalu ketika menyamakan kedudukan dan membantu skuad Jose Mourinho mengatasi Tottenham 2-1.

Dia juga memainkan peranan penting dalam final Piala FA ketiganya dalam tempoh empat tahun di England.

Sanchez menjaringk­an gol pada final 2015 dan 2017 bagi memberi inspirasi buat Arsenal mencipta kejayaan ketika berdepan Aston Villa dan Chelsea.

“Apa yang tidak kena dia datang pada saat yang paling sukar dalam musim ini... kerana itu saya tidak suka pasaran perpindaha­n pada musim sejuk. Saya rasa ini peluang kami tidak mahu kalah dan kami mengambiln­ya,” kata Mourinho.

“Saya harap musim depan dia akan lebih baik.

“Saya bukanlah peminat aktiviti membeli pemain pada perpindaha­n musim sejuk kerana mereka akan berdepan tempoh sukar untuk menyesuaik­an diri, terutama membabitka­n penyerang.”

 ??  ?? SANCHEZ (depan) hanya menjaringk­an tiga gol dalam 17
penampilan bersama United.
SANCHEZ (depan) hanya menjaringk­an tiga gol dalam 17 penampilan bersama United.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia