Harian Metro

Shukri kembali

 Dilantik Ketua Pesuruhjay­a SPRM namun tertakluk kepada perkenan Agong

- Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my

Kerajaan memutuskan melantik Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sebagai Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Shukri dipilih bagi mengetuai agensi itu untuk menggantik­an Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang melepaskan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Isnin lalu.

Dr Mahathir berkata, Shukri yang juga bekas Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM dipilih kerana pengalaman­nya selain sikapnya yang dilihat menentang tindakan salah yang dilakukan SPRM.

Bagaimanap­un, katanya, keputusan melantik Shukri itu tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

“Dia mempunyai pengalaman. Dia dulu dalam SPRM dan mempunyai banyak maklumat selain sikapnya yang menentang tindakan salah dilakukan dalam SPRM.

“(Juga mengenai) peranan (bekas Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak yang menghalang siasatan, kita nak tahu dengan jelas apa sebenarnya yang berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Pribumi

Dia dulu dalam SPRM dan mempunyai banyak maklumat selain sikapnya yang menentang tindakan salah dilakukan dalam SPRM”

Dr Mahathir Mohamad

Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Isnin lalu, Dzulkifli memohon menamatkan kontrak perkhidmat­annya dengan SPRM berkuat kuasa serta-merta dan kembali bertugas di Pejabat Peguam Negara bermula Selasa.

Dzulkifli dilantik Ketua Pesuruhjay­a SPRM pada 1 Ogos 2016 ketika Najib menjadi Perdana Menteri bagi menggantik­an Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Ditanya mengenai pertemuann­ya dengan Abu Kassim di Putrajaya, semalam, Dr Mahathir berkata, beliau sedang menimbang peranan bekas Ketua Pesuruhjay­a SPRM itu.

“Kita sedang menimbang peranan yang boleh dimainkan Tan Sri Abu Kassim kerana dia ada banyak kepakaran dan maklumat berkenaan kesalahan yang berlaku (sebelum ini),” katanya.

 ??  ?? SHUKRI selepas mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan
Perdana, Putrajaya.
SHUKRI selepas mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia