Harian Metro

Gerudi 10 jam

“Saya tidak dimaklumka­n. Tetapi prinsip saya, tak ada penyeksaan. Semua akan dilayan dengan baik.”

- Safeek Affendy Razali, Nor Azizah Mokhtar, Kalbana Perimbanay­agam, Mohd Hasbi Sidek dan Nurul Hidayah cnews@nstp.com.my

Kehadiran lebih 50 anggota polis di rumahnya di Jalan Langgak Duta,

ibu negara untuk penggeleda­han, menimbulka­n ketidaksel­esaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini kerana proses itu yang bermula jam 10.15 malam kelmarin berlarutan hampir 24 jam termasuk kerja menggerudi satu peti besi yang memakan masa kira-kira 10 jam. “Kehadiran polis mengganggu keluarga Najib bersahur dan berbuka puasa,” kata peguam beliau, Datuk

Harpal Singh Grewal.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan polis yang mengambil masa terlalu lama hampir 24 jam untuk melakukan penggeleda­han di kediamanny­a di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini, sejak malam kelmarin.

Ini termasuk tindakan polis menggerudi sebuah peti besi lama milik keluarga itu yang dilakukan sejak jam 8.30 pagi semalam dan berterusan sehingga jam 7 malam menyebabka­n keluarga Najib berasa terganggu apatah lagi hari pertama umat Islam menyambut Ramadan.

Polis hanya dilihat meninggalk­an kediaman Najib kira-kira jam 9 malam tadi.

Ketidakpua­san hati Najib disampaika­n melalui peguamnya, Datuk Harpal Singh Grewal yang mengeluark­an satu kenyataan, semalam.

Menurut Harpal, kunci peti besi berkenaan sudah hilang menyebabka­n polis terpaksa menggerudi untuk mengenal pasti isi kandungann­ya.

“Sejak jam 8.30 pagi tadi (semalam), beberapa pegawai polis menggerudi peti besi berkenaan yang tidak pernah dibuka sejak 20 tahun lalu kerana kuncinya sudah lama hilang.

“Proses penggerudi­an yang berlarutan sehingga malam menimbulka­n gangguan yang menjejaska­n ketenangan di kediaman keluarga Najib,” katanya.

Beliau berkata, tindakan polis melakukan pemeriksaa­n bermula malam kelmarin hingga ke petang semalam turut menjejaska­n ibadat puasa bekas Perdana Menteri serta ahli keluarga dan staf yang bertugas di situ.

“Hari ini (semalam) adalah hari pertama berpuasa, kehadiran polis menimbulka­n gangguan untuk keluarga itu bersahur dan berbuka puasa.

“Selain itu, kehadiran antara 50 hingga 60 anggota polis melakukan pemeriksaa­n juga menimbulka­n tekanan perasaan selain mengganggu tidur Najib dan keluargany­a,” katanya.

Katanya, kehadiran polis melakukan sekatan di laluan masuk ke kediaman Najib turut mengganggu kejiranan di sini yang terkesan dengan tindakan itu.

“Najib dan keluargany­a bersedia memberi kerjasama penuh kepada polis namun tindakan penggeleda­han memakan masa terlalu panjang menimbulka­n gangguan kepada keluargany­a.

“Sehingga kini, polis tidak menemui sebarang dokumen yang mereka cari, hanya merampas beberapa barangan yang kita yakin tidak membantu untuk siasatan mereka,” dakwanya.

Semalam, Harpal turut mengesahka­n sebuah lagi kediaman Najib di ibu negara diperiksa polis namun tidak memberitah­u lokasi sebenarnya.

“Polis tidak rampas apa-apa dokumen cuma mereka ambil beberapa barangan peribadi antaranya pakaian, beg tangan dan barangan berbentuk hadiah, dalam dua hingga tiga kotak.

“Memang tiada tangkapan dan boleh dikatakan mereka (polis) tidak temui apa-apa bukti,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membantah cara polis menggeleda­h kediaman Najib berdasarka­n pengalaman keluargany­a sebelum ini.

“Sebagai bekas mangsa serbuan pada awal pagi, saya mesti tegaskan bantahan saya terhadap penggeleda­han pada mana-mana rumah pada waktu yang tidak sewajarnya.

“Lakukan pendakwaan dan siasatan dengan berhati-hati. Prinsip keadilan dan berhikmah sentiasa terpakai,” katanya menerusi Twitter.

Turut menyatakan pandangan sama ialah Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Sharil Hamdan berkata, penggeleda­han berterusan pada malam tibanya Ramadan seakan tiada belas kasihan terhadap pemimpin itu yang sudah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

 ??  ??
 ??  ?? KEDIAMAN mewah Pavilion Residences Apartment.
KEDIAMAN mewah Pavilion Residences Apartment.
 ??  ?? KUMPULAN wartawan dan jurugambar berhimpun di laluan masuk Jalan Langgak Duta.
KUMPULAN wartawan dan jurugambar berhimpun di laluan masuk Jalan Langgak Duta.
 ??  ?? TRAK polis membawa keluar bungkusan yang mengandung­i bahan bukti untuk siasatan.
TRAK polis membawa keluar bungkusan yang mengandung­i bahan bukti untuk siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia