Harian Metro

Terbakar dalam tidur

 Pemandu teksi maut terperangk­ap dalam kenderaan

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@nstp.com.my

Seorang pemandu maut apabila terperangk­ap dalam teksi yang terbakar ketika tidur dalam kenderaan itu di parkir sebuah pusat beli-belah di USJ 1 di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.58 pagi itu mangsa, Tan Chee Kiong, 44, ditemui meninggal dunia dalam kenderaan itu oleh pengawal keselamata­n yang kemudian menghubung­i bomba.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, mangsa dipercayai meletakkan kenderaann­ya sekitar jam 11 malam di parkir berkenaan.

“Mangsa sudah diarahkan beredar dari parkir berkenaan oleh pengawal keselamata­n yang bertugas pada jam 11.40 malam, namun tidak diendahkan.

“Bagaimanap­un, kira-kira jam 4 pagi pengawal keselamata­n mendengar letupan kecil dari parkir sebelum mendapati sebuah teksi terbakar,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Muhammad Azlin berkata, pengawal keselamata­n itu kemudian melaporkan kepada bomba sebelum api berjaya dipadamkan.

“Ketika membuka pintu teksi ada seorang lelaki dipercayai sudah meninggal dunia akibat terhidu asap.

“Punca kebakaran dipercayai daripada tong gas asli kenderaan (NGV) digunakan teksi itu.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga,” katanya.

Katanya, kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR) dan berdasarka­n siasatan tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian.

FAKTA Mangsa dipercayai meninggal dunia akibat terhidu

asap

 ??  ?? PEMANDU teksi maut selepas terperangk­ap di dalam teksi yang terbakar di sebuah pusat beli-belah di USJ 1, awal pagi semalam.
PEMANDU teksi maut selepas terperangk­ap di dalam teksi yang terbakar di sebuah pusat beli-belah di USJ 1, awal pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia