Harian Metro

RESIPI ILHAM TUNANG

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Sos jadi keistimewa­an kambing bakar dijaja pasangan di Bazar Ramadan Bandar Tun Razak

Bagi memastikan golongan wanita setanding dengan lelaki dalam dunia perniagaan, usahawan wanita, Mimi Shafirah Abdul Rahman, 23, menceburka­n diri dalam perniagaan kambing bakar sempena Ramadan ini.

Beliau bersama tunangnya, Muhammad Nur Shafiq Abdul Majid, 23, yang berniaga di Bazar Ramadan Bandar Tun Razak sejak empat tahun lalu mampu menjual kira-kira 20 kilogram kambing bakar sehari.

“Resipi ini sebenarnya adalah ilham tunang saya yang mempunyai kelulusan dalam seni kulinari selain mendapat tunjuk ajar ibunya yang menjalanka­n perniagaan katering.

“Keistimewa­an kambing bakar kami adalah sosnya di mana kami mencampurk­an sos lada hitam dan barbeku bagi memberikan rasa yang lebih lazat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, proses menghasilk­an kambing bakar itu bermula selepas solat Tarawih setiap hari.

“Kami akan mula memerah daging kambing itu dan biasanya ia diperah dengan ramuan istimewa kira-kira 12 jam sebelum dibakar pada sebelah petang di bazar.

“Kami akan memastikan daging kambing itu benar-benar masak demi kepuasan pelanggan,” katanya yang sudah ada pelanggan tetap.

Beliau merakamkan penghargaa­n kepada Coca-Cola dan menyatakan rasa bertuah terpilih dalam program 5by20 di bawah inisiatif Komuniti Usahawan Coca-Cola (Coca-Cola KU).

“Perniagaan kami akan mendapat lebih perhatian dan publisiti hasil inisiatif Cola-Cola KU.

“Ia akan memperkasa dan memberi semangat kepada usahawan wanita seperti saya,” katanya.

Menerusi program itu, Coca-Cola KU melaksanak­an komitmen secara global untuk memperkasa­kan lebih lima juta usahawan menjelang 2020.

Di Malaysia, 5by20 adalah program Coca-Cola KU di mana usahawan tempatan akan diberi sokongan dalam bentuk latihan pengurusan perniagaan dan pendedahan mengenai pertumbuha­n perniagaan yang sewajarnya.

 ??  ?? KEISTIMEWA­AN kambing bakar mereka adalah sos lada hitam dan barbeku bagi memberikan rasa
yang lebih lazat.
MIMI bersama Muhammad Nur Shafiq di Bazar Ramadan Jalan Jujur 1.
KEISTIMEWA­AN kambing bakar mereka adalah sos lada hitam dan barbeku bagi memberikan rasa yang lebih lazat. MIMI bersama Muhammad Nur Shafiq di Bazar Ramadan Jalan Jujur 1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia