Harian Metro

Sirul tak boleh tawar menawar

- Kalidevi Mogan Kumarappa dan Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

 Ahli Parlimen Bukit Gelugor syor Suruhanjay­a Diraja siasat pembunuhan Altantuya Sharibuu

Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) berhubung pembunuhan seorang model Mongolia, Altantuya Shariibuu di Malaysia.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP, Ramkarpal Singh berkata, langkah itu diyakini mampu mengenal pasti motif pembunuhan dan mengesan individu yang bertanggun­gjawab memberi arahan membunuh wanita Mongolia itu.

Beliau berkata, ini kerana mereka yang bersekongk­ol merancang pembunuhan itu mesti diheret ke muka pengadilan, tidak kira apa juga jawatan atau kedudukan bukti ditemui.

“Memandangk­an kes ini sangat aneh, saya berpendapa­t bahawa jika disabit kesalahan Sirul (Azhar Umar) boleh dipenjara seumur hidup. Jadi, Sirul akan dihantar pulang ke Malaysia dari Australia. Selepas itu, Sirul akan dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukumannya.

“Apabila Sirul kembali ke tanah air, dia akan diminta bekerjasam­a dalam siasatan berkenaan atau RCI jika perlu. Dia juga perlu tampil sebagai saksi bagi mendedahka­n siapa yang mengarahka­n pembunuhan Altantuya.

“Sirul tidak boleh tawar menawar di atas tragedi yang ada kaitan terhadapny­a. Dia mesti dihantar pulang ke Malaysia dengan cara yang dicadangka­n supaya kes pembunuhan misteri ini dapat ditutup,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut mengenai cadangan membawa pulang Sirul, Ramkarpal berkata, punca utama kerajaan Australia tidak mungkin mengekstra­disi Sirul jika permohonan untuk berbuat demikian dibuat adalah kerana Sirul mungkin dijatuhi hukuman mati apabila kembali ke Malaysia.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, ini kerana dasar Australia menentang pelaksanaa­n hukuman mati.

“Jika hukuman mati ditukar kepada penjara seumur hidup, kerajaan Australia pasti akan mengusirny­a ke Malaysia untuk menjalani hukuman di sini,” katanya

Selain Sirul, beliau juga berharap penganalis­is politik, Abdul Razak Abdullah Baginda dipanggil untuk menjadi saksi yang berpotensi dalam kes pembunuhan Altantuya.

Pada 4 Jun 2007, bapa dan ibu Altantuya, Shaariibuu Setev dan Altantsets­eg Sanjaa serta dua cucu lelaki mereka, Mungunshag­ai Bayarjarga­l dan Altanshaga­i Munkhtulga, memfailkan saman terhadap Azilah, Sirul Azhar Umar, penganalis­is politik Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia, menuntut pampasan RM100 juta.

 ??  ?? RAMKARPAL
SI RUL
RAMKARPAL SI RUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia