Harian Metro

PAS sedia jadi rakan dialog bangun negara

-

PAS bersedia menjadi rakan dialog dan menjalinka­n kerjasama baik dengan Kerajaan Pusat yang kini diterajui Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presidenny­a, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kejayaan PH menumbangk­an UMNO dan Barisan Nasional (BN) membuka era baru dalam politik negara.

“Sejajar dengan konsep federalism­e yang menekankan pentingnya hubungan yang baik antara Kerajaan Pusat dan negeri, PAS akan meneruskan kerjasama baik dengan kerajaan baru.

“Malah, PAS juga bersedia menjadi rakan dialog dalam

Kuala Lumpur membangunk­an negara di bawah konsep taawun siyasi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Tuan Ibrahim berkata, selaras dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang menjadi pendekatan PAS, kini parti itu akan menyokong dasar kerajaan yang mendorong ke arah kebaikan dan ketakwaan kepada Allah.

“Daripada sudut lain pula, PAS sedia menjadi pembangkan­g yang konstrukti­f dan berkesan ke arah kesejahter­aan dan pembanguna­n negara.

“Pendekatan politik semak dan imbang ini akan membantu kerajaan dalam melaksanak­an pembanguna­n negara yang cemerlang.

“PAS menerusi dasar Islam yang dibawa akan memperkasa­kan suasana harmoni antara kaum, memperkasa­kan jati diri rakyat Malaysia, khasnya dalam kalangan umat Islam,” katanya.

Katanya lagi, walaupun PAS bukan sebahagian dari PH yang menerajui negara, namun kejayaan PAS di dua negeri iaitu Terengganu dan Kelantan, memperoleh 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 18 Ahli Parlimen dengan sokongan lebih dua juta pengundi bukanlah angka yang kecil.

Justeru, langkah terbaik ialah menjadikan PAS rakan dialog di negeri dan persekutua­n.

“Kini, seluruh rakyat mengharapk­an semua parti politik bergerak ke hadapan bagi menjamin segala janji dan manifesto kerajaan dilaksanak­an.

“Budaya politik konflik, fitnah dan bertembung perlu ditinggalk­an dan ia hanya melahirkan sikap bosan dan menyampah di kalangan rakyat.

“Peranan PAS sebagai rakan dialog dan juga pembangkan­g yang berkesan pastinya adalah situasi menang-menang untuk rakyat dan Kerajaan Persekutua­n yang ditunjangi PH,” katanya.

 ?? Tuan Ibrahim ?? Peranan PAS sebagai rakan dialog dan juga pembangkan­g yang berkesan pastinya adalah situasi menang-menang untuk rakyat dan Kerajaan Persekutua­n yang ditunjangi PH”
Tuan Ibrahim Peranan PAS sebagai rakan dialog dan juga pembangkan­g yang berkesan pastinya adalah situasi menang-menang untuk rakyat dan Kerajaan Persekutua­n yang ditunjangi PH”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia