Harian Metro

Muntah keluar paku

- Zaid Salim cnews@nstp.com.my

 Bekas penyampai radio Hot FM Terengganu meninggal dunia

Bekas penyampai radio Hot FM Terengganu, Mohd Rafly Rahamat, 32, meninggal dunia selepas menderita akibat penyakit misteri di rumahnya di FELDA Bukit Kuantan, Kuantan, Pahang jam 7.10 malam kelmarin.

Adik arwah, Suhaila Rahamat berkata, abangnya mula menghidap penyakit itu selepas beberapa bulan menamatkan kerjayanya sebagai penyampai radio di Manis FM selepas lebih setahun berkhidmat di stesen berkenaan.

“Arwah anak kedua daripada empat beradik memulakan kerjaya sebagai DJ radio di Hot FM Terengganu pada 2011.

“Selepas menamatkan kerjayanya di Hot FM pada akhir 2015, arwah bertugas pula di Manis FM pada Mac 2016 sebelum berhenti selepas lebih setahun menjadi penyampai di stesen radio milik kerajaan Terengganu itu,” katanya.

Suhaila berkata, selain rawatan hospital, pelbagai usaha lain dilakukan bagi merawat penyakit arwah termasuk rawatan tradisiona­l dan khidmat bomoh.

“Kami tidak pasti arwah menghidap sakit apa, tetapi tidak menolak kemungkina­n arwah menjadi mangsa khianat orang yang iri hati dengannya kerana pernah ketika rawatan secara tradisiona­l, keluar benda-benda tajam dari mulutnya antaranya kaca, paku dan pisau pencukur selain muntah hitam,” katanya.

Menurut Suhaila, jenazah Allahyarha­m Mohd Rafly dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Kuantan pagi semalam.

 ?? Suhaila Rahamat ?? MOHD Rafly Selepas menamatkan kerjayanya di Hot FM pada akhir 2015, arwah bertugas pula di Manis FM pada Mac 2016 sebelum berhenti selepas lebih setahun menjadi penyampai di stesen radio milik kerajaan Terengganu itu”
Suhaila Rahamat MOHD Rafly Selepas menamatkan kerjayanya di Hot FM pada akhir 2015, arwah bertugas pula di Manis FM pada Mac 2016 sebelum berhenti selepas lebih setahun menjadi penyampai di stesen radio milik kerajaan Terengganu itu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia