Harian Metro

Gong Nekara tidak sindir sesiapa

-

Kuala Lumpur: Pencipta, penulis lirik dan penyanyi lagu Gong Nekara, Kmy Kmo dan Luca Sickta yang menjadi tular baru-baru ini tidak menganggap isu lagu itu dianggap sindiran kepada lagu Mambang nyanyian Altimet satu masalah besar buat mereka.

Menurut anak didik dan komposer Malique itu, mesej yang disampaika­n menerusi lagu terbabit adalah secara umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa secara spesifik.

“Sebagai komposer dan penulis lirik lagu Gong Nekara, isu ini tidak berbekas di hati kami.

“Gong Nekara dihasilkan untuk menyampaik­an mesej secara umum. Namun, kalau ada pihak mahu mengaitkan­nya dengan sesuatu situasi, kami tak boleh halang,” kata Luca atau nama sebenarnya Shameer Ashraf.

Tambah Luca, sekiranya ada yang menganggap

Gong Nekara sebagai lagu sindiran, itu ertinya pendengar mengkaji karya terbabit.

“Mereka benar-benar mendalami dan mengkaji setiap bait kata dalam lagu ini tetapi tak semua orang menganggap ia sindiran.

“Ada juga yang mengaitkan lagu ini dengan mesej ketuhanan. Itu juga kami tak nafikan,” katanya lagi.

Bagi Kmy Kmo atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim pula, ini adalah eksperimen pertama mereka.

“Kami cuba bereksperi­men dalam berkarya dengan mengetenga­hkan elemen Nusantara dalam Gong Nekara.

“Tak sangka pula ia akan tular secepat ini. Ia memang di luar jangkaan dan apa yang boleh saya katakan, lagu ini sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

 ??  ?? KMY (kanan) dan Luca.
KMY (kanan) dan Luca.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia