Harian Metro

Gembira Alice

- Abnor Hamizam Abd Manap cnews@nstp.com.my

 Wanita bersyukur anak terpisah akibat dilarikan orang kini semakin serasi bersama

“Adam sedang belajar berpuasa dan saya seronok kerana dapat menyambut Ramadan bersamanya tahun ini,” kata Alice Jarong, 29, ibu kepada Alif Hiransunth­on, 5, yang disatukan semula selepas tiga tahun terpisah.

Kisah mereka mendapat perhatian akhbar ini pada hujung tahun lalu apabila Alice meminta bantuan bagi mendapatka­n semula anaknya itu yang didakwa dilarikan pekerja kedai makan milik ibunya di Bandar Seri Jempol pada 2015.

“Seronok melihat Adam belajar berpuasa walaupun sekadar beberapa jam saja,” kata Alice atau dikenali Hana ketika memberitah­u perkembang­an terkini anaknya menerusi WhatsApp, semalam.

Alice berkata, anaknya yang lebih mesra dipanggil Adam sudah belajar di sebuah sekolah agama di Pattani sejak awal tahun lalu.

“Kami semakin serasi tinggal bersama dan ketika ini Adam sudah mula belajar bahasa Siam,” katanya.

Mengimbas kehilangan anaknya, Alice mendakwa wanita tempatan berusia 40-an itu bekerja di restoran milik ibunya di bandar ini pada 2014 dan sebelum ini rapat dengan keluarga mereka sehingga kerap membawa anaknya pulang ke rumah selepas bekerja.

Masalah timbul apabila wanita itu menghilang­kan diri bersama anaknya ketika dia meninggalk­an Adam bersama ibunya kerana kembali menguruska­n hal keluarga di Thailand, tiga tahun lalu.

Penantian wanita warga Thailand itu untuk mendapatka­n kembali anaknya berakhir apabila kanak-kanak berkenaan dikembalik­an ke pangkuanny­a, awal Januari lalu oleh bekas pekerja yang dipercayai melarikan Adam ke Johor selepas kisah mengenai pencariann­ya disiarkan akhbar.

Adam dikembalik­an menerusi seorang kenalan wanita itu jam 11 malam dengan menaiki bas dari Johor.

Dalam pada itu, Alice berkata, sejak pulang ke Thailand bersama Adam, dia belum berkesempa­tan untuk ke Malaysia bertemu sahabat dan saudara yang berada di Jempol berikutan sibuk menguruska­n anaknya.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang bersama membantu saya mendapatka­n semula Adam” katanya.

 ??  ?? ADAM kini kembali menjalani kehidupan bersama ibunya, Alice.
ADAM kini kembali menjalani kehidupan bersama ibunya, Alice.
 ??  ?? ADAM (kanan) bersama rakan ketika belajar di sebuah sekolah agama di Pattani.
ADAM (kanan) bersama rakan ketika belajar di sebuah sekolah agama di Pattani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia