Harian Metro

SETIAP HARI SIAP 50KG

- Syaherah Mustafa cnews@nstp.com.my

 Gadis warisi empayar serunding milik keluarga

Bermula awal Ramadan, serunding daging diusahakan seorang usahawan muda mendapat permintaan tinggi sehingga perlu menyiapkan 50 kilogram sehari.

Suziana Mat, 26, generasi keempat yang meneruskan empayar serunding milik keluarga beroperasi sejak lebih 75 tahun lalu mengakui menerima tempahan berlipat kali ganda setiap kali puasa dan Aidilfitri.

Beliau yang juga pengurus Salma Serunding menghasilk­an pelbagai serunding menggunaka­n daging, ayam dan ikan hasil resipi ibunya, Salma Yunus, 65, mengikut resipi turuntemur­un nenek moyang

mereka.

Katanya, serunding miliknya bukan saja menerima tempahan dari seluruh negara, malah hingga ke luar negara seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Arab Saudi.

“Pada hari biasa kami menghasilk­an serunding tiga kali seminggu, tetapi untuk puasa dan menjelang raya permintaan­nya lebih tinggi menyebabka­n proses penghasila­nya perlu dilakukan setiap hari.

“Serunding kami mempunyai keistimewa­an tersendiri dengan rasa yang sedap dan mampu bertahan lama sehingga lebih enam bulan. Malah, ada antara pelanggan memberitah­u serunding dibeli mereka tahan lebih dari setahun.

“Proses penghasila­n serunding mengambil masa lapan jam dan masa membuatnya sama dari dulu sehingga kini walaupun menggunaka­n teknologi mesin,” katanya. ketika ditemui di kedai miliknya di Jalan Kubur Maras, Kampung Langgar, di sini.

 ??  ?? SUZIANA menunjukka­n antara serunding yang dijual di kedainya.
SUZIANA menunjukka­n antara serunding yang dijual di kedainya.
 ??  ?? SALMA (kiri) bersama Suziana di kedai mereka di Jalan Kubur Maras, Kampung Langgar.
SALMA (kiri) bersama Suziana di kedai mereka di Jalan Kubur Maras, Kampung Langgar.
 ??  ?? SUZIANA melayan pelanggan yang singgah di kedainya.
SUZIANA melayan pelanggan yang singgah di kedainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia