Harian Metro

‘AURA’ AKOK RISDA

 Kuih popular dijual hanya pada Ramadan dinanti setiap pelanggan

- Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my

Kuih Akok Risda di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang antara yang menjadi tumpuan dan dinanti-nantikan orang ramai setiap kali menjelang Ramadan.

Kuih berkenaan yang dikatakan paling popular di daerah ini sering menjadi pilihan kerana tidak dijual pada bulan lain menyebabka­n orang ramai sanggup beratur panjang untuk mendapatka­nnya.

Tidak hairanlah, setiap hari akok diusahakan Nooraini Mat Junoh, 55, dan suaminya, Kamaruzama­n Pa’adek, 61, mampu terjual lebih 3,000 biji dalam enam jam bermula jam 9 pagi.

Setiap hari ada peniaga dari Jertih, Terengganu yang membeli di sini untuk dijual di tempat mereka”

Norlidawat­ie

Anaknya, Norlidawat­ie,

27, berkata, keunikan akok dijual adalah keenakan rasa hingga mempunyai pengikut tersendiri.

Katanya, seawal jam 9 pagi, orang ramai boleh membeli kuih itu hingga jam 3 petang.

“Kami bersyukur pelanggan yang hadir bukan saja dari Pasir Mas dan Rantau Panjang, malah dari Pasir Puteh, Bachok dan Tanah Merah pun ada.

“Setiap hari ada peniaga dari Jertih, Terengganu yang membeli di sini untuk dijual di tempat mereka,” katanya.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, akok yang dijual itu resipi ibunya sejak 21 tahun lalu dan tidak berubah bagi membolehka­n mereka mengekalka­n rasa aslinya.

“Alhamdulil­lah strategi kami hanya menjual akok pada Ramadan menyebabka­n orang ramai sentiasa menunggu untuk merasainya. Selain di Pasir Mas, kami ada cawangan di Berek 12, Kota Bharu.

“Tahun lalu, akok kami dijual di Lembah Klang. Selalunya permintaan tinggi di sana pada pertengaha­n puasa dan kami jangka ada permintaan dari Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya.

Selain akok, kedai berkenaan menjual 15 jenis lauk-pauk termasuk ikan percik untuk juadah berbuka.

 ??  ?? PELANGGAN memilih kuih Akok Risda yang dijual.
PELANGGAN memilih kuih Akok Risda yang dijual.
 ??  ??
 ??  ?? NORLIDAWAT­IE (dua dari kiri) bersama pekerjanya menunjukka­n kuih akok yang dihasilkan.
NORLIDAWAT­IE (dua dari kiri) bersama pekerjanya menunjukka­n kuih akok yang dihasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia