Harian Metro

2 terbabit curi kenderaan ditahan

-

Kluang: Dua penjenayah berusia 27 dan 34 tahun yang dipercayai aktif dalam kegiatan mencuri kenderaan di sekitar daerah ini ditahan hasil serbuan pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang Deputi Superinten­dan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, beberapa serbuan dilakukan di bangunan kedai di Nombor 9, Jalan Bintang Ria 3, di Simpang Renggam, sebuah rumah di Taman Seri Impian dan Felda Ulu Pengeli di sini.

Katanya, hasil serbuan itu, pihaknya berjaya merampas kereta Honda Accord berwarna putih dan lori Mitsubishi tiga tan berwarna merah dipercayai barang curi.

“Turut dirampas sebuah beg berwarna biru muda, sebatang kayu cota, alat pemotong, tukul besi, alat pemotong dawai dan beberapa peralatan lain dipercayai digunakan ketika menjalanka­n kegiatan mencuri kenderaan.

“Hasil pemeriksaa­n awal, seorang yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau manakala saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Abdul Razak berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Usaha mengesan seorang lagi rakan suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kegiatan itu giat dijalankan dan kami yakin dia dapat ditahan dalam masa terdekat ini.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman empat hari sehingga 23 Mei ini untuk siasatan lanjut berkaitan kes curi kenderaan di daerah lain,” katanya.

 ??  ?? KERETA Honda putih dan peralatan lain seperti cota, alat pemotong dan tukul besi (gambar bawah) yang dirampas dalam serbuan.
KERETA Honda putih dan peralatan lain seperti cota, alat pemotong dan tukul besi (gambar bawah) yang dirampas dalam serbuan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia