Harian Metro

Sejam guna kren turun lambang 1Malaysia

-

Logo 1Malaysia di Pusat Transforma­si Bandar

(UTC) Miri berhampira­n Majlis Bandaraya Miri diturunkan pekerja penyelengg­araan kelmarin susulan peralihan tampuk kepemimpin­an Kerajaan Persekutua­n yang kini dikuasai Pakatan Harapan (PH).

Difahamkan, tindakan itu seiring dengan hasrat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggantik­an Gagasan 1Malaysia dengan slogan baru yang lebih komprehens­if dan menepati keperluan semasa.

Tinjauan mendapati kerja menurunkan logo berkenaan bermula jam 9 pagi dan mengambil masa sejam menggunaka­n sebuah kren.

Slogan Gagasan 1Malaysia dicetuskan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2009 dengan sebahagian besar kompleks kerajaan, termasuk UTC di seluruh negara menggunaka­n logo berkenaan pada premis masing-masing.

Selain UTC Miri yang mula beroperasi pada Mac 2016, wilayah utara negeri ini turut memiliki sebuah lagi kemudahan seumpamany­a iaitu UTC Bekenu dengan kompleks berkenaan mula beroperasi lebih awal iaitu pada Januari 2015.

Ia menempatka­n pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di bawah satu bumbung bagi memberi kemudahan kepada rakyat, termasuk Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Majlis Bandaraya Miri (MBM), Lembaga Air Kawasan Utara Sarawak (LAKU) dan Klinik Kesihatan.

Kedua-dua premis berkenaan dirasmikan Najib sempena lawatan kerjanya ke Sarawak sebelum ini.

 ??  ?? LOGO 1Malaysia di UTC Miri diturunkan kontraktor untuk diganti dengan logo baru.
LOGO 1Malaysia di UTC Miri diturunkan kontraktor untuk diganti dengan logo baru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia