Harian Metro

SAHUR ‘DALAM’ AIR

- Azahar Hashim cnews@nstp.com.my

 Satu keluarga terpaksa mula puasa ala kadar akibat rumah dilanda banjir kilat dua kali

Bandar Baharu

Satu keluarga di Taman Perumahan Awam 2, di sini terpaksa bersahur ala kadar, pagi semalam susulan rumah dihuni mereka sekali lagi dilanda banjir kilat.

Sebelum itu, rumah mereka dinaiki air selepas waktu berbuka puasa, malam kelmarin.

Talib Mohd Noor, 35, berkata, dia sekeluarga tidak sempat melakukan apa-apa persiapan memandangk­an banjir kilat berulang sejak kelmarin.

“Ketika kejadian kedua, kami baru sejam mencuci rumah. Memang bersahur pun ala kadar saja disebabkan terpaksa mencuci rumah sekali lagi,” katanya ketika ditemui.

Selain rumahnya, sembilan lagi rumah di kawasan itu menghadapi keadaan serupa.

Talib berkata, rumahnya paling teruk terjejas disebabkan kedudukan agak rendah, malah mengambil masa agak lama untuk air surut.

“Jika air mula naik, rumah kami yang paling awal kena disebabkan kedudukann­ya.

“Untuk surut pula, ambil masa juga. Saya dan kakak (Sarimah, 45) selesai membersihk­an rumah jam 7 petang (kelmarin), namun pada jam 8 malam, rumah dinaiki air lagi.

“Ia berlarutan sehingga awal pagi,” katanya yang memberitah­u rumahnya masih digenangi air sehingga jam 11 pagi.

Katanya, dia mengalami banjir kilat sebanyak sembilan kali, tahun lalu dan dua kali sejak Januari lalu.

Jirannya, Mohamad Farish Md Zaiz, 40, meminta pihak berkuasa terutama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk memantau parit di kawasan perumahan itu supaya diselengga­ra secara berkala.

Katanya, tidak menolak kemungkina­n banjir kilat berlaku kerana longkang yang tersumbat dan mahu langkah penyelesai­an segera diambil bagi mengelak kerugian berterusan.

“Kali ini rumah saya tidak teruk sangat kerana saya sudah buat ubah suai rumah dan tinggikan lantai, namun tetap terjejas jika hujan lebat berterusan selama sejam.

“Saya harap pihak berkuasa dan pemimpin setempat ambil serius masalah kami kerana sudah tidak sanggup hadapi banjir begini,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Angkatan

Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kulim/Bandar Baharu Leftenan Muda (PA) Moktaruddi­n Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3 pagi dan menggerakk­an enam anggota untuk membantu penduduk.

 ?? Talib Mohd Noor ?? Ketika kejadian kedua, kami baru sejam mencuci rumah. Memang bersahur pun ala kadar disebabkan terpaksa mencuci rumah sekali lagi” TALIB menimba air banjir bercampur lumpur yang memasuki rumahnya
akibat banjir kilat.
Talib Mohd Noor Ketika kejadian kedua, kami baru sejam mencuci rumah. Memang bersahur pun ala kadar disebabkan terpaksa mencuci rumah sekali lagi” TALIB menimba air banjir bercampur lumpur yang memasuki rumahnya akibat banjir kilat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia