Harian Metro

ANGIN PUKUL REZEKI

- Safuri Kamarudin cnews@nspt.com.my

 10 peniaga bazar Ramadan terjejas selepas gerai rosak dalam kejadian ribut  Dua kampung dilanda banjir kilat sedalam 0.5 meter

Baling

Hujan lebat lebih empat jam menyebabka­n 29 keluarga di dua kampung dalam Mukim Siong dan Bakai dilanda banjir kilat apabila rumah mereka dinaiki air sedalam 0.5 meter tengah malam kelmarin.

Sebelas daripada keluarga terbabit adalah dari Kampung Bukit Sebelah dan baki 18 keluarga dari Seputih.

Difahamkan, hujan lebat sejak jam 7 malam itu menyebabka­n rumah mangsa mula dinaiki air jam 10 malam.

Setiausaha Sekretaria­t Pengurusan Bencana Daerah Baling Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, kebanyakan mangsa tinggal di kawasan rendah dan berdekatan Sungai Ketil.

Beliau yang juga Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, air mula naik di beberapa kampung kira-kira jam 10 malam.

“Anggota APM dikerah membuat pemantauan bagi memastikan keadaan terkawal dan selamat.

“Selain APM, Pejabat Daerah Baling dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut membantu mangsa terbabit,” katanya.

Mohd Faizol berkata, tiada mangsa dipindahka­n ke pusat pemindahan kerana air mulai surut tetapi anggota penyelamat masih membuat pemantauan.

“Cuaca yang tidak menentu setiap petang menyebabka­n anggota penyelamat bersiap sedia bagi menghadapi kemungkina­n bencana yang berlaku,” katanya.

Beliau menasihatk­an penduduk yang tinggal di kawasan rendah berjaga-jaga dan berpindah jika air masuk ke rumah.

 ??  ?? LEBIH gerai bazar Ramadan di Taman Sejati rosak akibat diterbangk­an angin kuat.
LEBIH gerai bazar Ramadan di Taman Sejati rosak akibat diterbangk­an angin kuat.
 ??  ?? KEADAAN banjir yang melanda rumah penduduk di Kampung Bukit Sebelah, Mukim Siong.
KEADAAN banjir yang melanda rumah penduduk di Kampung Bukit Sebelah, Mukim Siong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia