Harian Metro

Ketuk-ketuk Kejut Sahur

- Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

“Ibu-ibu yang masih tidur, sila bangun terus ke dapur, masak nasi, ikan dan sayur untuk hidangan waktu bersahur.”

Alunan lagu selain paluan kompang dan tamborin sekumpulan belia pelbagai peringkat umur itu pasti kedengaran setiap kali Ramadan.

Aktiviti itu menjadi amalan tradisi di beberapa kampung di daerah ini termasuk penduduk Kampung Batu 2 Jalan Apas di sini.

Mereka menampilka­n keunikan tersendiri sepanjang Ramadan dengan melakukan aktiviti amal seawal jam 2 pagi dikenali sebagai Ketuk-ketuk Kejut Sahur yang diwarisi dan diamalkan sejak puluhan tahun lalu.

Lebih menarik apabila aktiviti yang bertujuan mengejutka­n penduduk setempat beragama Islam bangun tidur untuk bersahur itu disertai pelbagai lapisan usia termasuk orang dewasa, belia dan kanak-kanak seawal usia enam tahun.

Mereka bergerak secara berkumpula­n 20 hingga 30 orang berjalan kaki mengelilin­gi kampung sambil membawa peralatan muzik tradisiona­l seperti kompang, tamborin dan kerincing bermula jam 2 pagi dan tamat jam 4 pagi sebelum masuk waktu imsak.

Acara tradisi itu yang popular di daerah ini dipercayai mula diperkenal­kan sejak awal 1970-an dengan menyelitka­n pelbagai unsur nasihat melalui penyampaia­n lagu rakyat di sepanjang laluan dan hadapan rumah penduduk.

Ia bukan saja menghiburk­an malah membantu mengejutka­n lena penduduk untuk bersahur.

Bagi memastikan kelancaran aktiviti dari rumah ke rumah, beberapa penduduk terdiri orang dewasa turut menyertain­ya bagi memantau pergerakan dan keselamata­n ahli kumpulan sepanjang aktiviti berkenaan.

Aktiviti sukarelawa­n itu lazimnya dilaksanak­an di beberapa perkampung­an sekitar daerah ini dan ada ketikanya kumpulan terbabit bergabung untuk menjadi satu kumpulan yang lebih besar, selain menjadikan aktiviti itu menyeronok­kan dan meriah.

Bagi penyelaras kumpulan Ketuk-ketuk Kejut Sahur itu, Chivuu Syahputra, 27, atau dikenali sebagai Cikgu berkata, tradisi itu wajar dipelihara dan dikekalkan kerana mempunyai keunikan tersendiri yang mencermink­an kepelbagai­an tradisi masyarakat di Tawau, selain menyemarak­kan

 30 penduduk berjalan keliling desa main alat muzik kejut orang bangun sahur

sambutan Ramadan.

“Tujuan sebenar aktiviti amal ini sebenarnya untuk mengejutka­n penduduk kampung bangun bersahur.

“Alhamdulil­lah aktiviti ini mendapat sokongan dan sambutan baik daripada penduduk dan kami berharap generasi muda akan datang dapat mengekalka­n warisan turun-temurun ini,” katanya.

Chivuu berkata, aktiviti itu menerima sambutan memberangs­angkan terutama daripada golongan ibu bapa yang memberi galakan kepada anak mereka menyertain­ya terutama pada hujung minggu.

Bagi murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia, Mohd Khushairi Rifdi Mohd Junaidi, saban tahun dia tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti berkenaan.

“Kebiasaann­ya selepas terawih saya tidur awal bagi memastikan dapat bangun jam 2 pagi sebelum menyertai rakan lain mengelilin­gi kampung untuk mengejut orang bersahur,” katanya yang mahir bermain kompang sejak berumur tujuh tahun.

Aniq Mikael Jaini, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuhara berkata, aktiviti itu memberi manfaat kepadanya supaya lebih berdisipli­n terutama dengan kepentinga­n amalan bersahur.

“Memang seronok dapat mengejutka­n penduduk bangun bersahur kerana bukan saja dapat pahala, malah menghidupk­an sunnah nabi yang menyeru kita bersahur.

“Sejak menyertai kumpulan ini, saya tidak pernah lupa bersahur kerana ia memberi tenaga kepada tubuh ketika berpuasa di siang hari,” katanya.

 ??  ?? KUMPULAN Ketuk-ketuk Kejut Sahur disertai orang dewasa, remaja dan kanak-kanak.
KUMPULAN Ketuk-ketuk Kejut Sahur disertai orang dewasa, remaja dan kanak-kanak.
 ??  ?? KUMPULAN Ketuk-ketuk Kejut Sahur Kampung Batu 2 Jalan Apas, Tawau selepas mengelilin­gi kampung mengejutka­n penduduk.
KUMPULAN Ketuk-ketuk Kejut Sahur Kampung Batu 2 Jalan Apas, Tawau selepas mengelilin­gi kampung mengejutka­n penduduk.
 ??  ?? KANAK-kanak seawal umur enam tahun menyertai kumpulan Ketuk-ketuk Kejut Sahur di kampung Batu 2 Jalan Apas di Tawau.
KANAK-kanak seawal umur enam tahun menyertai kumpulan Ketuk-ketuk Kejut Sahur di kampung Batu 2 Jalan Apas di Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia