Harian Metro

Keberkatan Ramadan

- Bersama Mohd Shahrizal Nasir

 Tambah ibadat dan kebaikan, rapatkan silaturahi­m Sesiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga”

Hadis riwayat at-Tirmizi

Keberkatan bulan Ramadan merujuk kepada peluang besar yang dibuka Allah SWT kepada umat Islam untuk meraih keampunan dan ganjaran pahala berlipat ganda.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Telah datang kepada kalian Ramadan, bulan yang diberkati. Allah mewajibkan atas kalian berpuasa padanya. Pintu-pintu syurga dibuka padanya. Pintu-pintu neraka pula ditutup. Syaitan pula dibelenggu. Di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dibandingk­an dengan seribu bulan. Sesiapa yang dihalangi daripada mendapat kebaikanny­a, maka sungguh dia terhalang.” (Hadis riwayat

Ahmad)

Inilah bulan bagi umat Islam merapatkan hubungan ukhuwah sesama insan. Kesatuan jelas terpancar apabila seluruh umat Islam sepakat menunaikan perintah berpuasa.

Bulan Ramadan perlu dijadikan wadah buat umat Islam merapatkan saf persaudara­an. Jangan terbawabaw­a suasana pilihan raya baru-baru ini sehingga ada yang tidak bertegur sapa, membuka keaiban peribadi lawan, menyindir dan mentertawa­kan antara satu sama lain.

Tidak ada Muslim waras yang sanggup makan dan minum pada waktu siang di depan khalayak secara terbuka.

Masing-masing menunaikan tanggungja­wab berpuasa seperti diwajibkan ke atas umat terdahulu mengikut syariat tersendiri.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaiman­a diwajibkan atas orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183)

Ayat itu menjelaska­n golongan yang taat kepada perintah Allah SWT pasti merasai pelaksanaa­n ibadat puasa. Semua hamba Allah SWT melaksanak­an puasa dalam usaha memperoleh darjat ketakwaan di sisi Allah SWT.

Pada bulan Ramadan ini juga dapat disaksikan masjid dan surau dipenuhi jemaah pada setiap malam. Ramai mengambil peluang pergi ke masjid dan surau untuk menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah.

Boleh saja solat sunat itu dilaksanak­an secara bersendiri­an, namun umat Islam perlu merebut peluang Ramadan ini untuk melakukann­ya secara berjemaah bersama sahabat, jiran, saudara dan kenalan.

Malah, Allah SWT mengingatk­an umat Islam supaya menunaikan ibadat dengan rukuk dan sujud bersama-sama orang lain secara berjemaah.

Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjaka­n sembahyang) dan beribadatl­ah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidk­an-Nya) serta kerjakanla­h amal-amal kebajikan supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Surah

al-Hajj, ayat 77)

Selain itu, Allah SWT menjanjika­n pahala yang besar kepada orang yang mampu menyediaka­n makanan untuk golongan yang berpuasa.

Ini juga satu bukti kukuh Islam mendidik dan menanam nilai persaudara­an sejati dalam diri setiap Muslim pada bulan Ramadan.

Golongan yang berkemampu­an tidak sesekali melupakan golongan yang kurang berkemampu­an. Mereka menyediaka­n hidangan untuk orang lain menikmati rezeki kurniaan Allah SWT.

Golongan yang menjamu hidangan pula tidak lupa mendoakan kebaikan untuk insan yang berhati mulia.

Sabda Rasulullah SAW yang menjelaska­n ganjaran bagi orang yang menyediaka­n juadah berbuka puasa untuk orang lain bermaksud: “Sesiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Banyak lagi petunjuk yang menjelaska­n bulan Ramadan adalah bulan untuk pengukuhan ikatan persaudara­an sesama umat Islam.

Bulan yang digalakkan untuk bantu-membantu antara satu sama lain dan melarang perbuatan yang boleh menyakiti orang lain seperti bergaduh, memfitnah dan menghina orang lain.

Allah SWT tidak akan menerima ibadat puasa golongan yang secara zahirnya berpuasa tetapi masih melakukan perbuatan menyakiti orang lain. Sama-samalah kita menjaga hubungan ukhuwah sesama Muslim dengan menjadikan bulan Ramadan sebagai medan mendidik diri untuk melakukan perkara yang diredai Allah SWT.

Belum tentu lagi Ramadan tahun depan kita dapat menemuinya bagi merebut ganjaran besar ditawarkan Allah SWT.

Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia