Harian Metro

Belum fikir soal jodoh

Emma akui tidak terikat dengan komitmen cinta buat masa ini

- -Najiy Jefri

“Secara jujur, sesiapa nak berkenalan boleh saja. Cuma, dilemanya apabila rapat sedikit dikatakan bercinta.

Ulang tahun kelahiran Kamal saya sambut, ulang tahun kelahiran kawan lain pun saya akan sambut. Sesiapa saja yang pernah menghargai ulang tahun kelahiran saya, sudah pasti saya akan lakukan perkara yang sama terhadap mereka. Jadi semua orang saya berkawan,” katanya.

Tambah Emma, buat masa ini dia belum memikirkan soal jodoh memandangk­an ada perkara lebih penting yang mahu direalisas­ikan dalam hidupnya.

“Biarlah masa yang menentukan segalanya. Kalau sampai masanya ada yang masuk meminang dan ajak saya berkahwin, saya akan berkahwin,” katanya.

Sementara itu, Emma turut menafikan dakwaan pengikutny­a di laman Instagram kononnya dia cuba mengambil kesempatan untuk menjalin hubungan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Emma menjelaska­n, dia memuat naik gambar bersama Saddiq hanya sekadar mengucapka­n tahniah berikutan kejayaan jejaka itu dalam PRU14, minggu lalu.

“Ramai komen saya cuba pikat Saddiq selepas memuat naik gambar bersamanya beberapa hari lalu.

“Padahal, sebelum ini pun saya pernah bergambar dan berkongsi di laman sosial ketika kami menghadiri majlis pelancaran filem Kimchi Untuk Awak lakonan saya, tahun lalu.

“Sebenarnya saya sudah kenal Saddiq dua tahun lalu. Tiada hubungan istimewa antara kami,” katanya.

Tegas Emma, buat masa ini dia mahu fokus pada karier dan perniagaan yang diusahakan.

“Fokus saya sekarang adalah memajukan bisnes yang dijalankan adik-beradik saya. Ada perancanga­n untuk kembangkan lagi bisnes ini.

“Bahkan, pada bulan puasa ini juga saya akan berniaga di KL Raya Fest anjuran Mood Republik,” katanya.

KL Raya Fest bakal berlangsun­g selama 72 jam tanpa henti yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Sementara itu, Emma bakal memasuki set penggambar­an drama terbitan Astro Oasis, Cinta Kelas Satu.

“Biarpun bulan puasa, saya sibuk dengan penggambar­an. Bukan tahun ini saja, malah setiap tahun saya tidak berehat pada bulan puasa,” katanya.

Nafi cuba jalin hubungan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Sadiq

emma

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia