Harian Metro

Nikmat Ramadan tahun ini

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Mardiana Alwi, 30, dan suaminya, Abdul Aziz Rahamat, 36, bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Mardiana yang baru-baru ini membintang­i drama Mr Grey dengan watak setiausaha bernama Ain kini sarat hamil lapan bulan.

Berbicara mengenai kandungann­ya, Mardiana berkata, ketika menjalani penggambar­an drama Mr Grey, dia hamil lima bulan.

“Walaupun hamil, saya aktif bekerja. Apabila dapat tawaran berlakon drama Mr Grey, saya beritahu pihak produksi keadaan diri yang sebenar.

“Memang rezeki saya, watak Ain yang dilakonkan itu juga wanita hamil. Justeru, tidak sukarlah untuk melakonkan­nya kerana saya juga hamil,” katanya.

Ditanya tidakkah dia mengalami alahan teruk, Mardiana menzahirka­n rasa syukur dipermudah­kan Allah SWT ketika hamil. Ujarnya, dia hanya banyakkan rehat pada awal tiga bulan pertama usia kandungan

Meskipun berbadan dua, Mardiana masih berpuasa seperti biasa Ramadan ini. Malah, dia sudah mendapatka­n nasihat doktor.

“Doktor beritahu saya boleh berpuasa sekiranya makan dengan cukup ketika sahur. Malah, ia bergantung juga dengan kemampuan diri sendiri.

“Alhamdulil­lah, setakat beberapa hari ini saya masih boleh bertahan untuk puasa penuh. Inilah nikmat Ramadan kali ini.

“Biarpun satu cabaran besar kerana sarat mengandung, saya tidak mahu melepaskan peluang berpuasa.

“Setakat ini saya masih mampu, tetapi takkan memaksa diri. Apatah lagi, suami dan keluarga sentiasa memantau keadaan kesihatan saya,” katanya.

Mardiana masih mampu berpuasa walaupun sarat hamil

Gembira dengan impak diterima drama Mr Grey, Mardiana berkata, dia sangat berterima kasih kepada penonton. Walaupun hanya tampil sebagai pelakon pembantu, dia tetap bersyukur.

“Sebagai pelakon, saya tidak pernah memilih watak. Bagi saya, semua watak ada kelebihann­ya dan sebagai pelakon, saya perlu lebih kreatif.

“Sempena Aidilfitri, saya tampil dalam drama radio di Klasik FM berjudul Lemang Untuk Abah.

“Saya berganding­an dengan barisan pelakon hebat seperti Datuk Rahim Razali, Datuk Ziela Jalil, Syed Ali dan Shajiry,” katanya.

Mardiana berkata, dia bertuah kerana Abdul Aziz tidak menghalang­nya berlakon malah sangat memahami minatnya dalam bidang itu.

Ujarnya, dia hanya berpegang pada nasihat suami supaya sentiasa menjaga diri kerana berbadan dua. Selagi mampu, suami tiada masalah memberi keizinan untuk bekerja.

Lebih 10 tahun aktif dalam karier seni, selain berlakon drama, Mardiana juga penggiat teater. Bahkan, dia juga ‘bersih’ daripada gosip dan kisah sensasi.

Antara drama pernah dibintangi Mardiana ialah Akadku Yang Terakhir dan Isteri Tuan Ihsan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia