Harian Metro

Cabaran berlapar hampir 20 jam

-

Berpuasa hampir 20 jam. Itu cabaran dilalui sebahagian besar siswa Malaysia yang mengikuti pengajian di luar negara pada Ramadan ini.

Bagaimanap­un, situasi itu tidak menghalang aktiviti pengajian biarpun ia mengubah rutin harian mereka.

Penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Kimia, University of Brimingham, United Kingdom, Nur Farahin Mohd Jamil, 24, berkata, melalui puasa kira-kira 19 jam sehari memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat.

Katanya, biarpun situasi itu adalah pengalaman ketiganya, ia berbeza kali ini kerana peperiksaa­n dijalankan pada bulan puasa.

“Kami berpuasa antara 17 hingga 19 jam sehari, ia sangat mencabar lebihlebih lagi apabila puasa pada waktu peperiksaa­n seperti sekarang.

“Situasi ini menyebabka­n banyak tenaga diperlukan, selain bergegas ke dewan peperiksaa­n, masa juga perlu dibahagika­n untuk ulang kaji dan ke perpustaka­an,” katanya yang berasal dari Melaka.

Katanya, sepanjang bulan puasa, cuaca di sini antara 16 hingga 21 darjah Celsius dan ia sudah dianggap panas berbanding di Malaysia.

“Untuk kekal cergas sepanjang puasa, pada waktu sahur saya akan minum air dengan banyak dan memastikan makanan diambil secukupnya,” katanya yang merindui bazar Ramadan di Malaysia.

Berbeza pula dengan penuntut tahun dua Ijazah Sarjana Muda Usuluddin, Chungbuk National University, Korea Selatan, Fatin Nurfarahan­im Mohd Noh, 21, yang melalui pengalaman pertama kali berpuasa di bumi asing.

Berdepan puasa selama 16 jam tidak menjadi penghalang kepadanya untuk ke kuliah biarpun waktu tidur yang tidak cukup dan cuaca pula mulai panas.

“Di sini baru memasuki musim panas, tapi syukur, tidak pula saya berasa terlalu lapar dan dahaga.

“Boleh dikatakan suhu agak nyaman dan bulan puasa ini saya mengurangk­an aktiviti dan hanya keluar ketika malam untuk solat Tarawih,” katanya yang merindui waktu berbuka bersama keluarga dan masakan asam pedas ikan siakap hasil air tangan ibunya.

Katanya, memandangk­an hanya dua penuntut saja dari Malaysia, dia memilih untuk memasak sepanjang bulan puasa selain sukar untuk menemui juadah seperti di Malaysia.

 ??  ?? NUR FARAHIN
NUR FARAHIN
 ??  ?? FATIN NURFARAHIM
FATIN NURFARAHIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia