Harian Metro

Ada maksud tersirat

-

Sebanyak 45 sekolah menyertai Skuad Denggi (Patrol Denggi) bersama Majlis Perbandara­n Subang Jaya (MPSJ) bagi mencegah penularan wabak denggi.

Pengarah Jabatan Kesihatan MPSJ, Roslan Mohamed Hussin berkata, sekolah berkenaan dibekalkan dengan kit pencegahan denggi oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

“Antara peranan Skuad Denggi ialah memeriksa kawasan sekitar untuk mencari dan menghapusk­an tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Selain itu, mereka juga mengedarka­n risalah berkenaan pencegahan pembiakan nyamuk aedes dan melakukan aktiviti

dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau turut merasmikan Majlis Pelancaran

DARI MUKA N29

Seramai 115 guru di sekolah itu perlu memakai pakaian yang melambangk­an pekerjaan diimpikan jika tidak bergelar guru.

Menurut Guru Besar SK Jalan U3, Nafisah

Salleh, tema itu dipilih bagi memberi pendedahan kepada murid berkenaan alam pekerjaan yang bakal diterokai mereka pada masa akan datang.

“Tapi di sebalik pakaian pekerjaan yang digayakan guru itu, sebenarnya mempunyai maksud tersirat.

“Ini kerana kami sebagai pendidik mahu mengingatk­an murid bahawa setiap pekerjaan yang dicapai itu bermula dengan didikan guru,” katanya.

Bagaimanap­un, sambutan Hari Guru itu diuruskan Kelab Guru dan Kakitangan (KGK) sekolah berkenaan.

Pengerusi KGK SK

Jalan U3, Mohd Jamalizam Hamzah berkata, sambutan itu lebih meriah apabila melihat kesungguha­n guru merancang untuk menampilka­n hasil yang terbaik.

“Sambutan kali ini cukup berbeza dan meriah berbanding sebelum ini. Guru juga menunjukka­n kerjasama yang baik.

“Pelbagai gaya pekerjaan diperagaka­n termasuk wakil rakyat, juruterban­g, tukang rumah, peguam dan doktor,” katanya.

Pada masa sama permainan turut diadakan bagi meraikan guru seperti baling belon, cari gula dalam tepung, pecah belon dan makan biskut tanpa guna tangan. - Fazurawati Che Lah

 ??  ?? BERLAKON sebagai wakil rakyat mencuri tumpuan murid.
BERLAKON sebagai wakil rakyat mencuri tumpuan murid.
 ??  ?? PERMAINAN yang dianjurkan.
PERMAINAN yang dianjurkan.
 ??  ?? GEMBIRA apabila berjaya mencari gula dalam tepung.
GEMBIRA apabila berjaya mencari gula dalam tepung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia