Harian Metro

Ubah persepsi sukarelawa­n, kemanusiaa­n

- Dikhianati rakan

DARI MUKA H47

“Jarang saya ceritakan kisah silam yang pernah membuatkan saya murung berbulan-bulan. Saya bangkit mengubah diri dan berjaya meskipun berdepan pelbagai cabaran getir.

“Semuanya bermula selepas ayah meninggal dunia pada 2013 akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Sebelum itu, saya menjaganya di hospital dan tempat itu seakan-akan rumah kedua buat saya.

“Tidur di lantai hospital itu memang biasa, bahkan hampir semua kakitangan di wad mengenali saya. Ketika itu saya bekerja di hotel dalam bidang pengurusan sehinggala­h ayah meninggal, saya tiada lagi tempat mengadu memandangk­an ibu lebih dulu menghadap Ilahi.

“Saya anak angkat yang dijaga arwah ibu dan ayah sejak berusia dua bulan. Selepas kematian mereka, saya menumpang di rumah kakak tapi tidak lama kerana tidak mahu menyusahka­nnya.

“Di Ipoh pula, memang sukar mencari pekerjaan ketika itu dan akhirnya nekad berhijrah ke ibu kota. Tapi, ia tidak semudah disangka apabila saya masih tidak dapat mencari pekerjaan,” katanya.

Mohamed Nasaruddin kemudian dipelawa seorang rakan tinggal bersamanya dan rakan itu turut meminjamka­n kamera untuk digunakan mengambil gambar sebagai sumber pendapatan.

Katanya, tugasan mengambil gambar dilaksanak­an bersungguh­sungguh hingga dia sama sekali tidak menyangka memperoleh pendapatan di luar jangkaan.

Pada masa sama, katanya, dia turut menawarkan perkhidmat­an percetakan dan rekaan laman web hingga mampu memperoleh keuntungan agak besar.

Demi membalas kebaikan rakannya itu, Nas berbesar hati menjadikan­nya rakan kongsi syarikat dan sejak itu mereka berjaya menarik minat pelabur besar ke dalam syarikat.

Disangkaka­n perkongsia­n bersama rakannya itu akan membawa lebih banyak manfaat, sebaliknya dia perlu berdepan satu lagi episod duka dalam hidup apabila ‘ditendang’ keluar dari syarikat yang dibinanya sendiri.

“Ketika itu, saya bertugas mengambil gambar perkahwina­n di Perak dan apabila pulang ke pejabat dan rumah, semua kunci ditukar dan saya tidak dapat masuk.

“Puas saya hubungi rakan tapi tidak berjawab. Saya hanya mendapat pesanan ringkas daripadany­a mengatakan perlu keluar dari syarikat itu atas permintaan pelabur.

“Saya baru saja pulih daripada kesedihan akibat kematian ayah dan tidak sangka rakan tergamak ‘menikam’ saya begini. Saya keluar sehelai sepinggang, berbekalka­n RM150 di tangan dan komputer riba.

“Saya tidak tahu hendak ke mana, duit pula ada dalam akaun syarikat. Ketika itu memang saya tertekan dan kehidupan sebagai gelandanga­n bermula di sekitar Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

“Kerana kekurangan wang, saya pernah mengutip makanan tidak

Mohamed Nasaruddin rancang program bantu golongan memerlukan

 ??  ?? MOHAMED Nasaruddin kini bergelar CEO di beberapa syarikat.
MOHAMED Nasaruddin kini bergelar CEO di beberapa syarikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia