Harian Metro

Bina empayar kecantikan

-

Dr Maryam hasilkan produk daripada bahan semula jadi

DARI MUKA H47

Menamatkan zaman bujang ketika berada di tahun ketiga pengajiann­ya dan melahirkan anak sulung ketika di tahun akhir tidak pernah disesaliny­a, malah wanita ini bahagia dengan kehadiran dua anak lelaki dan menjadi isteri kepada seorang suami yang begitu penyayang.

Dia pernah bertugas sebagai doktor perubatan di klinik dan hospital kerajaan selama lima tahun sebelum berhenti kerja dan sejak itu dia mula berjinak-jinak dalam jualan suplemen kecantikan.

“Selama berada di rumah menguruska­n keluarga, saya mula terfikir untuk meneruskan impian dalam bidang kecantikan dengan menghasilk­an produk kecantikan.

“Saya memang suka apa saja yang berkaitan dengan kecantikan semula jadi malah mempunyai pengalaman bekerja di klinik dermatolog­i dan bercita-cita menjadi ahli estetika. Saya pernah menanam impian membuka pusat estetika sendiri.

“Dari sini, bermulalah perjalanan saya dengan mengasaska­n jenama sendiri, Mary Jardin untuk membantu semua wanita menikmati kemewahan kulit dan kosmetik semula jadi.

“Tujuan saya untuk membantu dan memperkasa­kan wanita serta membuat mereka berasa yakin dengan produk yang selamat,” katanya.

Ditubuhkan pada September 2016, Jardin Beauty Sdn Bhd adalah syarikat milik Dr Maryam yang mengeluark­an produk penjagaan dan kecantikan kulit berasaskan bahan semula jadi.

Bermula dari rumah, Dr Maryam merumuskan dan menghasilk­an produk penjagaan kulit daripada bahan organik di dapurnya sendiri.

Selepas hampir setahun, dia bersama suaminya yang juga pengasas bersama syarikat itu memiliki kilang Amalan Pengilanga­n Baik (GMP) di Alor Setar, Kedah bagi menghasilk­an produk dalam skala besar.

Menurutnya, dia cukup bertuah kerana suaminya memberi sokongan penuh terhadap keputusann­ya membina empayar kecantikan­nya sendiri malah mereka saling bekerjasam­a dalam menghasilk­an produk terbaik untuk pelanggan.

Selain produk penjagaan dan kecantikan kulit, jenama itu turut menjual tudung bagi melebarkan sayap perniagaan.

Seiring kehendak pengguna masa kini yang arif memilih produk bebas kimia, baru-baru ini mereka melancarka­n koleksi produk kosmetik Mary Jardin Artisan Cosmetic (MJAC) yang ditambah adunan formulasi berasaskan bahan semula jadi.

Dua produk kosmetik ditampilka­n kali ini adalah bedak asas dan kemasan bedak asas khas untuk wanita ingin bersolek cantik tetapi kelihatan semula jadi.

“Produk ini menampilka­n formulasi produk kosmetik berkualiti dan dijamin tahap keselamata­n serta kebersihan­nya, sekali gus memasarkan produk buatan tempatan bertaraf global.

“Kami menggunaka­n bahan semula jadi premium bagi memastikan penjagaan kesihatan kulit sepanjang pemakaian produk kosmetik ini,” katanya. - Yusliza Yakimir Abd Talib

 ??  ?? 1. BERSAMA suami, Dr Athiq yang turut sama membangunk­an syarikat.
2. PRODUK kosmetik terbaru dikeluarka­n syarikat.
3. DR Maryam menunjukka­n pelanggan cara menggunaka­n bedak asas cushion.
4. MAJLIS pelancaran produk terbaru.
1. BERSAMA suami, Dr Athiq yang turut sama membangunk­an syarikat. 2. PRODUK kosmetik terbaru dikeluarka­n syarikat. 3. DR Maryam menunjukka­n pelanggan cara menggunaka­n bedak asas cushion. 4. MAJLIS pelancaran produk terbaru.
 ??  ?? Saya memang suka apa saja yang berkaitan dengan kecantikan semula jadi
Saya memang suka apa saja yang berkaitan dengan kecantikan semula jadi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia