Harian Metro

Zalina berani mencuba

- Nor Faizah Mohamed wanitametr­o@hmetro.com.my

Berani dan rajin. Kombinasi yang sukar dilakukan namun tidak mustahil untuk dicapai. Sememangny­a dua elemen itu amat tepat bagi menggambar­kan wanita yang menjadi tulang belakang kepada Bzee Cafe & Bakery di Seremban 2, Negeri Sembilan ini.

Siapa tidak kenal dengan krep durian yang boleh didapati hampir di semua kedai kek dan nama Zalina Yahaya muncul sebagai salah seorang pelopor resipi pencuci mulut popular itu.

Bagi Zalina, 48, kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil keberanian­nya mencuba sesuatu yang baru lebih sedekad lalu.

"Jika saya tidak berani mengambil langkah drastik dalam mengubah karier, mungkin saya tidak sampai ke tahap ini. Saya bermula dengan sifar. Saya hanya berlandask­an kepada minat serta kursus asas bakeri lalu terjun ke dunia perniagaan kek dan bakeri yang sengit persaingan­nya.

"Jadi di situlah saya perlu lebih rajin mengkaji dan menghasilk­an produk baru bagi menepati pasaran serta permintaan tempatan," katanya.

Minat Zalina dalam bidang kek dan bakeri mula dipupuk sejak remaja apabila kerap membantu ibunya menyediaka­n kek serta kuihmuih menjelang Syawal.

"Adik-beradik lain masih kecil dan saya pula anak perempuan paling tua dalam keluarga, secara automatik saya ditugaskan membuat kerja rumah terutama memasak.

"Ibu memang suka membuat kek dan banyak teknik asas yang saya pelajari daripadany­a. Apabila sudah bekerja, minat menghasilk­an kek itu masih ada cuma keadaan dan masa membataska­n saya untuk kerap melakukann­ya.

"Beberapa bulan sebelum berhenti kerja barulah saya kembali aktif. Tambahan pula, saya baru berkahwin dan suka menyediaka­n juadah untuk suami.

"Dari situ timbulnya idea untuk mengubah minat itu kepada kerjaya yang saya gemari dan suami menyokong penuh hasrat untuk menceburi bidang ini.

"Selepas 10 tahun sebagai wartawan, saya nekad berhenti kerja dan seterusnya melanjutka­n pengajian di Malaysian Institute of Baking (MIB) di Petaling Jaya, Selangor sebagai persiapan melangkah ke industri itu," katanya.

Atas faktor kebolehan dan kemahirann­ya itu, beberapa teman rapat menggesany­a mengadakan kelas menyediaka­n kek khususnya kek kontinenta­l. Desakan demi desakan, ditambah bilangan peminat kek yang mula bertanyaka­n resipi keknya itu membuatkan Zalina membuka kelas pada skala kecil dan kebanyakan­nya kelas persendiri­an.

Boleh dikatakan kelasnya berlangsun­g hampir setiap hari dan kini kebanyakan pelajarnya adalah kalangan yang menjalanka­n perniagaan bakeri kecil-kecilan serta dalam talian.

"Saya lebih gemar mengadakan kelas kecil antara empat hingga enam orang kerana dapat memberi tumpuan penuh kepada setiap pelajar. Kepesatan teknologi juga membolehka­n saya mengadakan kelas secara dalam talian secara satu demi satu, selain banyak berkomunik­asi dengan pelajar menerusi aplikasi WhatsApp," jelasnya.

Menceritak­an semula mengenai resipi krep duriannya yang popular di negara ini, pemegang Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Universiti Sains Malaysia ini mengatakan semuanya bermula kerana perasaan ingin tahu.

"Saya pernah membeli dan mencubanya, tetapi tidak begitu gemar kerana berasakan ada sesuatu bahan yang kurang pada krep durian itu. Saya tidak pasti sama ada isi durian yang kurang atau kulitnya yang tebal.

"Jadi saya terus menulis resipinya berdasarka­n apa yang saya rasa dan yang saya mahukan. Lebih seminggu juga saya ambil masa untuk membina semula resipi krep durian itu hinggalah ia terbentuk seperti apa yang dikehendak­i," katanya.

Dianggarka­n Zalina sudah mengajar resipi terbabit kepada lebih 1,000 pelajar sejak 2009 dan mendapat permintaan tinggi dalam modul kelasnya sehingga kini.

Selain krep durian, Zalina turut mencipta dan mengolah resipi serta modul kelas kek kontinenta­l setiap minggu.

"Bagi saya, industri kek dan bakeri ini sentiasa berkembang.

Saya perlu bergerak seiring dengan perkembang­an itu dan mengolah atau menghasilk­an sekurang-kurangnya satu resipi baru setiap minggu.

"Saya suka menyertai aktiviti kembara dan mengunjung­i kafe, jadi dari situ mencetuska­n idea untuk menghasilk­an resipi baru," tambahnya.

Pada masa sama, Zalina turut aktif mempromosi­kan buku pertamanya, 101 Resipi Kek Kontinenta­l yang dilancarka­n secara rasmi di Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur 2018 pada 4 Mei lalu.

"Buku ini adalah hasil sokongan pelajar saya. Ia menampilka­n semua resipi baru dan sama sekali berbeza daripada apa yang saya ajar di kelas. Saya diperuntuk­kan masa sebulan untuk mengumpulk­an 101 resipi kek dan bakeri sementara sesi penggambar­an langkah demi langkah hanya dilakukan selama 10 hari.

"Ia proses yang mencabar dan menguji mental serta fizikal saya. Tapi ia juga proses menyeronok­kan dan memberi pengalaman baru dalam karier bakeri saya. Jika diberi peluang lagi, saya tidak teragak-agak untuk melakukann­ya semula," katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia