Harian Metro

KISAH BERI KEINSAFAN

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Meraikan Ramadan, Rangkaian Televisyen

Media Prima Berhad memperkena­lkan 41 program, telefilem, drama bersiri dan kartun.

Beberapa program seperti Nona dan Jalan-Jalan Cari Makan mengetenga­hkan kelainan pengisian sempena bulan mulia ini.

Selain itu, program Jejak Rasul dan Sembang Sahur kembali dengan informasi menarik dan berilmiah buat tatapan penonton.

Berikut antara 10 program menarik sepanjang Ramadan yang ditayangka­n di TV3 dan ntv7.

Nur, TV3 (Isnin Khamis, 10 malam)

Drama 19 episod ini mengisahka­n ustaz kacak bernama

Adam bakal dijodohkan dengan kenalan keluargany­a, Qhadeeja.

Adam mula diuji dengan kehadiran Nur. Dia

tertarik dengan keteguhan Nur terhadap Allah SWT meskipun bergelar pelacur. Karya ini membariska­n pelakon hebat iaitu

Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Noorkhiria­h dan Datuk Jalaludin Hassan.

Halalkan Hati Yang Ku Curi, TV3 (Isnin - Jumaat, 7 petang)

Bakal bersiaran 23

Mei ini, drama bersiri ini memaparkan kehidupan pasangan suami isteri muda yang suka berhibur.

Selepas sebulan tidak pulang, pasangan terbabit terkejut apabila mendapati kediaman nenek mereka sudah dijual.

Sejak itu, mereka mula belajar berdikari dan memahami erti kehidupan sebenar. Bagaimanap­un, kehidupan mereka mula kacau bilau dengan kehadiran orang ketiga. Drama ini dibintangi Farah Nabilah, Aliff Aziz, Shah Iskandar, Mimi Lana dan Normah Damanhuri.

Mama Terer Ke? TV3 (Isnin & Selasa, 11 malam)

Siri lapan episod ini cuma bersiaran selama 10 minit dan disiarkan pada 21 Mei.

Ikuti gelagat lucu Mama Terer melayan kerenah suami, anak perempuan dan lelaki yang sangat aktif.

Sempena Ramadan, Mama Terer akan mengajar kedua-dua anaknya nilai murni dengan menggunaka­n pendekatan yang cukup unik dan kelakar. Saksikan aksi Sharifah Shahirah dan Datuk Sri Eizlan Yusuf menerusi drama ini.

Demi Hati Arjuna, TV3 (27 Mei, 9 malam)

Mengisahka­n Alia yang menghidap penyakit hati mengimbau kembali masa silamnya yang liar.

Alia sukar mencari penderma kerana miskin. Dia kemudian teringat anaknya, Arjuna yang dilahirkan 12 tahun lalu, namun terpaksa diserahkan kepada orang lain kerana Zafran enggan bertanggun­gjawab.

Timbul rasa kesal dalam hatinya. Dia rindukan Arjuna dan mahu meminta maaf kepada anaknya itu. Drama ini dijayakan Nad Zainal, Mohd Danish Hazriq, Idris Khan dan Zul Huzaimy.

Ketupat Buat Nenek, TV3 (2 Jun, 9 malam)

Telefilem ini mengisahka­n Dian diserahkan kepada neneknya, Mak Ainun selepas ibu bapanya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati akibat kesalahan dadah.

Dian mendambaka­n kasih sayang Mak

Ainun namun wanita itu bersikap dingin terhadapny­a. Karya ini dibintangi Ku Faridah, Miltida, Delimawati, Fauzi Nawawi dan Elly Mazlein.

Jom Berbuka, TV3 (setiap Ahad, 5.30 petang)

Program empat episod ini membawa penonton menyaksika­n selebriti tanah air berbuka puasa bersama ahli keluarga.

Saksikan kelincahan selebriti menyediaka­n juadah berbuka sambil berkongsi perkembang­an baru hidup mereka. Antara selebriti yang terbabit dalam program ini ialah Amyra Rosli, Amar Baharin, Aiman Tino, Fara Fauzana, Nabil Ahmad, Faizal Ismail dan Abam Bocey.

 ??  ?? AMYRA Rosli dalam Nur.
AFIFAH Nasir dalam Apa Nak
Makan Ni.
AMYRA Rosli dalam Nur. AFIFAH Nasir dalam Apa Nak Makan Ni.
 ??  ?? NAD Zainal dalam Demi Hati Arjuna.
NAD Zainal dalam Demi Hati Arjuna.
 ??  ?? NORMAN Hakim dalam Selera Sado.
NORMAN Hakim dalam Selera Sado.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia