Harian Metro

MAHU Cuba bidang BARU

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Adifashla cadang tinggalkan dunia penyiaran

Terlalu lama berada dalam industri penyiaran membuatkan penyampai radio Adifashla berasa puas dan perlahan-lahan ingin berundur.

Adifashla berkata, dia pernah berdoa sekiranya ada rezeki dan peluang, dia ingin keluar daripada dunia hiburan.

"Saya masih lagi berbincang dan mendapatka­n pendapat daripada rakan-rakan terdekat. Saya ingin mencuba nasib dalam bidang lain pula.

"Selepas 15 tahun, pelbagai pencapaian sudah saya raih. Menyanyi, bergelar penyampai radio dan pengacara TV, semua saya dah cuba," katanya.

Menurutnya, sebagai penyampai radio, dia punya banyak masa terluang dan ingin mencari kerja sampingan yang boleh memenuhi jadual hariannya.

"Sekarang, fokus saya cuma di radio kerana tidak lagi bekerja sebagai pengacara TV. Saya ada banyak masa lapang apabila bertugas sebagai penyampai sambilan.

"Paling maksimum, saya akan bekerja lima hingga enam jam sehari dan selebihnya tak buat apa-apa.

"Jadi, kalau ada rezeki mahu cuba kerja lain yang boleh lari sedikit daripada industri, kenapa saya tak cuba?" katanya.

Tambah Adi yang bakatnya dicungkil menerusi program realiti Akademi Fantasia musim pertama, dia tidak mahu terlalu berasa selesa dengan kehidupann­ya.

"Terlalu selesa berada di satu takuk pun tidak bagus sebenarnya. Jadi, kenalah lakukan sesuatu untuk menambah baik diri," katanya.

Ditanya mengenai muzik, Adi berkata, dia tidak akan kembali menyanyi kerana sedar kemampuan diri.

"Apabila bekerja sebagai penyampai radio, saya pegang pada prinsip tidak akan memainkan lagu sendiri di stesen saya bekerja.

"Orang tak kisah pun, cuma saya yang rasa tidak sedap hati. Namun, kalau ada acara tertutup yang memerlukan saya menyanyi, saya akan buat," katanya.

Selain menjadi penyampai radio Sinar FM, Adi juga masih bergiat aktif sebagai pengacara majlis untuk majlis tertutup.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia