Harian Metro

Bukan sengaja lewat...

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Kylie Jenner beri penjelasan selepas dikecam teruk peminat

Beberapa hari lalu, tular di Twitter mengenai luahan rasa kecewa peminat bintang Life of Kylie, Kylie Jenner apabila dikatakan hadir lewat empat jam daripada waktu sepatutnya di kedai 'pop-up' jualan barangan kosmetik jenamanya.

Selepas dihentam peminat, Kylie menerusi akaun Twitternya menjelaska­n sebab sebenar mengapa kelewatan itu berlaku.

"Saya ingin jelaskan di sini, kelewatan saya kerana tak dapat memilih waktu untuk bertolak ke lokasi kedai 'pop-up' itu," tulisnya.

Menurut selebriti berusia 20 tahun itu lagi, ikutkan dia mahu tiba di lokasi kedai 'pop-up' itu sejam lebih awal daripada waktu pembukaan.

"Kalau ikutkan hati saya, saya ingin sampai sejam lebih awal namun polis menutup laluan dan meminta supaya saya tunggu dulu.

"Kalau boleh, saya nak bersua muka dengan semua yang berada di lokasi itu," tulisnya lagi.

Dalam sambungan kenyataan di Twitter itu, Kylie memaklumka­n sehari sebelum kedai kosmetik itu dibuka, dia sudah mempersiap­kan segala yang perlu.

"Sehari sebelumnya, saya menghabisk­an masa di lokasi acara kerana mahu pastikan semuanya berjalan lancar. Saya siapkan sendiri kerana mahukan semuanya sempurna.

"Kalau saya tak bersungguh-sungguh untuk hadir dan membuka kedai 'popup', saya tak perlu lakukan semuanya sejak awal lagi.

"Jadi, saya jelaskan semuanya di sini supaya tidak ada lagi kecaman dan tuduhan, sedangkan kalian sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku," tulisnya.

Namun, Kylie tidak lupa untuk meluahkan rasa teruja dan gembiranya dengan kejayaan acara itu.

"Saya sangat gembira bertemu peminat dan kita semua umpama satu pasukan yang kuat," tulisnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia