Harian Metro

Hidup biarlah berbakti

 Bekas anggota VAT69 berjasa bebas 4 rakyat Malaysia diculik Abu Sayyaf

- Mohd Firdaus Ibrahim firdaus_ibrahim@hmetro.com.my

Kami tawarkan khidmat (data) kepada kerajaan kerana tidak mahu masalah kebanjiran warga asing berleluasa hingga menggugat keselamata­n negara”

Halim Ishak

Beliau memainkan peranan penting ketika siri rundingan bagi menyelamat­kan empat kelasi rakyat Malaysia yang diculik kumpulan militan Abu Sayyaf pada 2016.

Menceritak­an detik itu, Pengerusi Yayasan Keprihatin­an Komuniti Malaysia (MCCF), Halim Ishak yang juga bekas anggota Komando 69 (VAT69) berkata, dia didatangi keluarga mangsa merayu bantuan dan kepakarann­ya bagi menyelesai­kan kes penculikan berkenaan.

“Saya ambil inisiatif segera dengan berjumpa Pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Prof Nur Misuari bagi mendapatka­n bantuan mengesan lokasi mangsa disembunyi­kan.

“Usaha itu merintis laluan sehingga membebaska­n mangsa daripada kumpulan militan Abu Sayyaf dikenali sebagai Lucky 9 Group,”

katanya.

Menurutnya, dia tidak mengharapk­an sebarang imbuhan atau pujian daripada

mana-mana pihak berhubung kejayaanny­a berunding dengan kumpulan pengganas itu.

“Saya lakukannya ikhlas demi negara. Memang diakui ia satu rundingan yang berisiko meragut nyawa tetapi ia juga pengalaman cukup bermakna buat diri saya,” katanya.

Menurutnya, beliau kini meneruskan khidmatnya dalam memupuk perpaduan dan keamanan negara dengan menggerakk­an pelbagai program kemasyarak­atan, pencegahan jenayah serta pembantera­san rasuah menerusi MCCF.

Selain itu, katanya, dia dan sukarelawa­n MCCF turut terbabit dalam proses pengumpula­n data pendatang asing di Malaysia.

“Ini penting kerana data itu dapat digunakan kerajaan bagi mengekang masalah jenayah dan gejala sosial membabitka­n warga asing.

“Kami tawarkan khidmat (data) kepada kerajaan kerana tidak mahu masalah kebanjiran warga asing berleluasa hingga menggugat keselamata­n negara.

“MCCF juga terus komited bersama agensi penguatkua­saan dalam memerangi penyeludup­an migran dan pemerdagan­gan orang,” katanya.

Halim berkata, dia meminta penuntut universiti dan belia tampil mendaftark­an diri sebagai sukarelawa­n MCCF.

“Semua aktiviti dilakukan MCCF akan kita babitkan golongan belia. Mereka adalah individu yang bakal memimpin negara pada masa depan,” katanya.

 ??  ?? HALIM bersama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (kanan) bersama masyarakat dalam program cegah jenayah.
HALIM bersama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (kanan) bersama masyarakat dalam program cegah jenayah.
 ??  ?? HALIM beramah mesra dengan Muhammad Afiq Mohd Yusri yang mengalami sindrom Fanconi pada majlis Iftar Ramadan, tahun lalu. HALIM (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada keluarga memerlukan.
HALIM beramah mesra dengan Muhammad Afiq Mohd Yusri yang mengalami sindrom Fanconi pada majlis Iftar Ramadan, tahun lalu. HALIM (dua dari kiri) menyampaik­an sumbangan kepada keluarga memerlukan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia