Harian Metro

Air mata buat anjing

- Zuliaty Zulkiffli news@nstp.com.my

 Pemilik kedai insurans meraung haiwan peliharaan rentung

Pemilik kedai insurans meraung selepas anjing kesayangan­nya rentung dalam kebakaran membabitka­n 11 rumah kedai di Pekan Pokok Sena berhampira­n Sekolah Kebangsaan (SK) Wan Abdul Samad di sini, pagi semalam.

Selain anjingnya itu, peti besi yang mengandung­i wang tunai miliknya juga musnah dalam kebakaran yang dipercayai berlaku jam 4 pagi itu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Hui, 64, berkata, sebelum itu dia yang menetap di Alor Setar menerima panggilan pada jam 2 pagi daripada rakan memberitah­u alat penggera di premisnya berbunyi.

Dia bergegas ke kedai untuk menutup bunyi alat penggera itu.

Katanya, dia kemudian pulang semula ke rumah namun terkejut apabila sekali lagi menerima panggilan daripada rakannya yang menyatakan premisnya terbakar.

“Saya bergegas ke sini dan sebaik tiba, deretan kedai di sini musnah dalam kebakaran dan saya tidak sempat menyelamat­kan apa-apa.

“Selepas api dipadamkan bomba, anjing peliharaan

pula yang dibela sejak kecil ditemui rentung berhampira­n peti besi yang mengandung­i sejumlah besar wang tunai turut terbakar,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Difahamkan, ketika kejadian penghuni di premis itu sempat keluar menyelamat­kan diri selepas menyedari bahang panas.

Sementara itu, Pegawai Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Bomba Mohd Sham Kamaruddin berkata, pihaknya menerima panggilan jam 4.09 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang tiba di lokasi jam 4.20 pagi.

Menurutnya, tiba di tempat kejadian api sedang marak dan operasi bermula jam 4.21 pagi dan turut mendapat bantuan daripada anggota BBP Alor Setar.

 ??  ?? AH Hui (tengah) meraung selepas anjing kesayangan­nya rentung dan peti besi yang mengandung­i wang tunai turut terbakar dalam kebakaran di Pekan Pokok Sena
AH Hui (tengah) meraung selepas anjing kesayangan­nya rentung dan peti besi yang mengandung­i wang tunai turut terbakar dalam kebakaran di Pekan Pokok Sena
 ??  ?? DERETAN sebelas rumah kedai yang musnah dalam kebakaran di Pekan Pokok Sena.
DERETAN sebelas rumah kedai yang musnah dalam kebakaran di Pekan Pokok Sena.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia