Harian Metro

Amanah jaga tiga anak OKU

- Sharifah Mahsinah Abdullah sharifah@nstp.com.my

 Bapa tunggal sanggup berhenti kerja bantu anak perempuan jaga tiga beradik kurang upaya

Seorang bapa di Kampung Kok Keli di sini, sanggup berhenti kerja bagi menjaga tiga anaknya yang menghidap penyakit keturunan dipanggil genetik metabolik.

Sebelum ini, Mohd Zain Abdullah, 55, hanya pekerja kampung dan menyara kehidupan keluargany­a dengan pendapatan tidak menentu dan menyerahka­n tanggungja­wab menjaga ketiga-tiga anak, Khairul Nisa, 25, Ain Husnam 16, dan Mohd Amir, 17, kepada isteri, Noraini Ismail, 48, dan anak sulung mereka Umi Syamira, 26.

Bagaimanap­un sejak kematian isterinya Disember tahun lalu disebabkan kanser payudara, Mohd Zain terpaksa berhenti kerja untuk membantu Umi Syamira menjaga adiknya.

Mohd Zain berkata, dia tidak kisah dan sanggup berkorban untuk ketiga-tiga anaknya yang menghidap penyakit itu ketika mereka berusia tiga tahun.

“Penyakit genetik metabolik ini menyebabka­n tumbesaran mereka terbantut dan fizikal badan mereka bersaiz kecil berbanding dengan usia serta tidak boleh bergerak dan lemah.

“Kami menyuapkan makanan lembut kepada mereka setiap hari. Kehidupan saya dan Umi Syamira bertambah susah selepas kematian isteri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Bagaimanap­un, Mohd Zain bersyukur Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan bersetuju meringanka­n beban keluargany­a dengan memberi bantuan bulanan kepada ketiga-tiga anaknya RM350 setiap seorang.

“Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana memakbulka­n doa ini. Kesusahan kami mendapat perhatian JKM negeri dan semua anak saya dipilih penerima bantuan bulanan itu sejak awal tahun ini.

“Dengan adanya bantuan itu, ia dapat meringanka­n beban kami dan membantu dalam perbelanja­an harian kami terutama membeli lampin pakai buang kepada ketiga-tiganya,” katanya.

Mohd Zain beranggapa­n Allah SWT menguji dia dan keluarga pada bulan mulia ini.

Selain Umi Syamira dan tiga anak orang kurang upaya (OKU) itu, Mohd Zain mempunyai tiga lagi anak termasuk dua yang masih bersekolah.

 ??  ?? MOHD Zain bersama Umi Syamira menjaga tiga beradik OKU ketika ditemui di rumah mereka di Kampung
Kok Keli.
MOHD Zain bersama Umi Syamira menjaga tiga beradik OKU ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Kok Keli.
 ??  ?? UMI Syamira memberi minuman kepada adiknya, Mohd Amir.
UMI Syamira memberi minuman kepada adiknya, Mohd Amir.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 20 Disember lalu.
LAPORAN Harian Metro, 20 Disember lalu.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, 28 Disember lalu.
LAPORAN Harian Metro, 28 Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia