Harian Metro

Tak sempat merasa

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

 Penyamun parah terjatuh lepas cuba larikan beg tangan wanita

Seorang lelaki bukan saja gagal melarikan beg tangan seorang wanita, malah kini terlantar di hospital akibat parah selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan Kompleks Api-Api, di sini, ketika cuba melarikan diri, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, suspek yang identitiny­a belum dikenal pasti kini menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini.

Difahamkan, suspek dikatakan memecah masuk sebuah unit kediaman di tingkat lima bangunan berkenaan dan melarikan beg tangan seorang wanita yang dipercayai berisi wang tunai dan beberapa dokumen penting.

Menurut sumber, kejadian itu disedari oleh pengawal keselamata­n di bangunan berkenaan lalu mengejarny­a sambil mengarahka­n lelaki terbabit berhenti namun tidak diendahkan dan suspek melarikan diri ke tingkat empat.

“Ketika itu, kawasan berkenaan dikepung beberapa pengawal keselamata­n menyebabka­n suspek melompat ke bumbung di tingkat tiga lalu terjatuh ke lantai di tingkat paling bawah. “Berikutan itu, mangsa terbaring dalam keadaan parah. Pengawal keselamata­n kemudian menghubung­i ambulans sebelum suspek dihantar ke hospital,” katanya. Sementara itu, pemilik beg tangan berusia 24 tahun berkata, dia tidak menyedari beg tangannya dilarikan oleh suspek kerana ketika kejadian di berehat di dalam bilik.

“Saya hanya menyedari beg tangan hilang selepas tidak menemuinya sebelum turun ke tingkat bawah untuk memaklumka­n kepada pengawal jika ada individu masuk ke dalam rumah.

“Pengawal itu memberitah­u beg tangan saya sudah ditemui dan berada dengan polis. Suspek yang mencurinya dihantar ke hospital kerana terjatuh dari tingkat tiga di bangunan berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berada di lokasi kejadian bagi menjalanka­n siasatan.

 ??  ?? ANGGOTA polis menjalanka­n siasatan di lokasi suspek terjatuh selepas melarikan beg tangan seorang wanita yang dicuri di Kompleks Api-Api.
ANGGOTA polis menjalanka­n siasatan di lokasi suspek terjatuh selepas melarikan beg tangan seorang wanita yang dicuri di Kompleks Api-Api.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia