Harian Metro

Hujan undang resah banjir

-

Melaka: Setiap kali hujan penduduk Taman Jati, Batu Berendam di sini, berada dalam ketakutan kerana bimbang rumah dinaiki air secara tiba-tiba.

Malah, masalah banjir kilat itu sudah dihadapi mereka sejak lebih 10 tahun lalu.

Penduduk, Yong Pow Hoong, 40, berkata, sudah banyak aduan dikemukaka­n kepada pihak berkuasa, namun sehingga kini tiada penyelesai­an.

“Setiap kali hujan, saya sekeluarga sentiasa takut, ia bagaikan mimpi ngeri kerana rumah akan dinaiki air sekelip mata.

“Keadaan lebih buruk kebelakang­an ini kerana hujan lebih 15 minit pun menyebabka­n takungan air,” katanya dalam Program Turun Padang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee di Taman Jati di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk, Koh Hai, 50, mendakwa walaupun aduan dibuat, masih tiada penyelesai­an yang menyebabka­n penduduk semakin tertekan.

“Saya ada terfikir untuk jual saja rumah ini, tetapi tiada pembeli. Barangan dalam rumah terpaksa diletakkan di tempat tinggi bagi mengelak rosak,” katanya.

Sementara itu, Kerk berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menyediaka­n laporan bagi membolehka­n kajian terperinci dibuat untuk mengatasi masalah penduduk di situ.

“Saya berharap laporan ini dapat disiap dan diserahkan kepada saya dalam masa seminggu,” katanya percaya masalah mungkin disebabkan saluran longkang sempit.

 ??  ?? KERK (dua dari kanan) melihat sistem perparitan di kawasan kerap banjir sambil diperhatik­an Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Zulkifly A Ghani (tiga dari kiri) di Taman Seri Jati, Batu Berendam.
KERK (dua dari kanan) melihat sistem perparitan di kawasan kerap banjir sambil diperhatik­an Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Zulkifly A Ghani (tiga dari kiri) di Taman Seri Jati, Batu Berendam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia