Harian Metro

Nama PINTAR selaras dengan kemajuan dicapai akademi

-

Akademi Rel Rapid Rail, yang sudah melatih ribuan petugas rel termasuk dari Nigeria, Indonesia dan Arab Saudi melangkah ke era baru dengan status antarabang­sa melalui nama baru Prasarana Internatio­nal

Training Academy of Rail atau

PINTAR.

Presiden and Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Masnizam Hisham berkata, bermula sebagai unit latihan di bawah PUTRA LRT pada 1997 sebelum menjadi Akademi Rel Rapid Rail pada 2009, langkah penjenamaa­n semula kepada PINTAR adalah selaras dengan kemajuan yang dicapai oleh akademi berkenaan dan misi

Reinventin­g Prasarana seperti yang diumumkan baru-baru ini.

“Penjenamaa­n semula itu penting bagi menyemarak­kan semangat dan menguatkan lagi azam untuk mengorak langkah lebih jauh khususnya dalam mengembang­kan sayap perniagaan kami,” katanya.

Menurutnya, dengan nama baru ini, adalah lebih mudah untuk Prasarana mempromosi dan menjual kepakaran PINTAR khususnya di pasaran antarabang­sa.

“Ini akan memudahkan misi pihak Akademi untuk menjadi penjana pendapatan yang signifikan untuk Kumpulan Prasarana seperti mana jabatan lain di Prasarana yang perlu menjadi penjana pendapatan efektif,” katanya.

Akademi Rel mula operasi pada 1997 dengan lima tenaga pengajar ketika ia masih dikenali sebagai PUTRA.

Kini, akademi berkenaan mempunyai 31 tenaga pengajar dengan 156 tenaga pengajar bersekutu.

Malah, pihaknya juga sudah melatih kakitangan dan jurutera rel dari

Nigeria, Indonesia dan Arab Saudi di samping kerjasama dengan pelbagai institusi pengajian tinggi seperti UTHM (Universiti Tun Hussein Onn) dan UniKL.

 ??  ?? MASNIZAM
MASNIZAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia