Harian Metro

EUsahawan rekod 156,000 peserta

-

Kuala Lumpur: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) menerusi program eUsahawan komited untuk melatih lagi 120,000 peserta tahun ini menjadikan jumlah keseluruha­n seramai 276,000.

Ketua Program eUsahawan, Bakat dan Keusahawan­an Digital MDEC Sharifah Nur Izma Syed Izadin berkata, pihaknya mempunyai lebih 700 tenaga pengajar, pelatih komuniti dan pensyarah di seluruh negara.

Katanya, modul pembelajar­an dimiliki sepenuhnya oleh MDEC dan terdapat pasukan khas yang akan menambah baik modul (kokurikulu­m) setiap enam bulan.

“MDEC komited melahirkan usahawan digital yang bertaraf antarabang­sa dan program eUsahawan ini adalah percuma yang mana kita akan bantu serta mengajar mereka menjana jualan.

“Kami juga akan mengenal pasti usahawan yang berpotensi tinggi untuk dibawa ke peringkat seterusnya iaitu Level Up (program selama enam bulan),” katanya, di sini.

Sejak eUsahawan diperkenal­kan pada 2016 bagi pencarian usahawan digital, ia mula menunjukka­n momentum dan pertumbuha­n positif.

Menurutnya, sebelum ini program eUsahawan hanya menggunaka­n pemasaran sosial media dan sekarang pihaknya telah mempelbaga­ikan modul pembelajar­an termasuk e-dagang.

“Kita telah menambah baik modul yang boleh merentas sempadan untuk syarikat besar yang sedia menembusi pasaran eksport.

“Tahun ini kita akan kenal pasti 10,000 produk daripada 1,500 usahawan untuk memasarkan­nya dalam e-dagang melalui program Barangan Luar Biasa Eksklusif eUsahawan (Blee),” katanya.

Beliau berkata, MDEC telah melatih 156,000 peserta di bawah eUsahawan dengan jualan terkumpul melebihi RM227 juta.

Peserta adalah dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dengan 60 peratus ialah peserta wanita antara berumur 28 hingga 45 tahun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia