Harian Metro

Skim harga sementara

 PROTON beri kemudahan kepada pelanggan nikmati harga istimewa sebelum kadar sifar GST dilaksanak­an

-

PROTON menawarkan skim harga sementara bagi memastikan pelanggan mendapat faedah daripada perubahan dasar berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Naib Presiden Jualan dan Pemasaran PROTON Abdul Rashid Musa berkata, berkuat kuasa serta-merta semua kereta Proton yang dijual dan didaftarka­n dari 16 Mei hingga 31 Mei ini akan diberi baucar perkhidmat­an bersamaan dengan nilai perbezaan antara harga kereta semasa dan baru selepas kadar sifar GST berkuat kuasa.

“Khidmat Pelanggan PROTON turut menawarkan diskaun enam peratus bagi servis berkala kepada pemilik yang membawa kereta mereka untuk diservis di pusat servis yang diiktiraf.

“Inisiatif ini bermula pada 19 hingga 31 Mei ini dan pelanggan yang menghantar kereta mereka untuk diservis dari 16 hingga 18 Mei akan diberi diskaun enam peratus yang boleh digunakan pada servis akan datang,” katanya.

Menurutnya, tawaran diberikan ini adalah pertambaha­n kepada tawaran sedia ada iaitu promosi Kosong-kosong di mana pelanggan yang membeli Proton Iriz (varian Eksekutif dan Premium), Proton Ertiga (semua varian) dan Proton Exora (semua varian) yang membuat pinjaman sembilan tahun bersama Hong Leong Bank layak mendapat pembiayaan tanpa faedah untuk tahun pertama.

“Manakala pelanggan yang memilih Proton Saga atau Proton Persona dan membuat pembiayaan pembelian selama tujuh tahun dengan PROTON Commerce layak menikmati ansuran tiga bulan percuma atas pinjaman mereka,” katanya.

Katanya, PROTON menyokong usaha kerajaan Malaysia yang baru untuk mengurangk­an kos sara hidup rakyat.

“Walaupun GST berkadar sifar hanya berkuat kuasa 1 Jun, kami memutuskan untuk memberikan ganjaran kepada pelanggan sebagai tanda terima kasih di atas sokongan mereka selain meraikan Ramadan,” katanya.

 ??  ?? SKIM harga sementara ditawarkan untuk semua jenis kereta PROTON.
SKIM harga sementara ditawarkan untuk semua jenis kereta PROTON.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia