Harian Metro

Watsons sasar jual 5,000 botol Chewies

-

Jaya: Watsons menyasarka­n jualan 5,000 botol Chewies sepanjang kempen Beli Satu Derma Satu Chewies.

Watsons menjalin kerjasama dengan AJ Research and Pharma (AJRP) bagi menjayakan kempen Beli Satu Derma Satu Chewies bermula 15 Mei hingga 28 Jun depan.

Pengurus Perdaganga­n Kanannya KC Liew berkata, sepanjang Ramadan ini pihaknya yakin kempen Beli Satu Derma Satu Chewies akan mendapat sambutan pengguna.

Katanya, Chewies adalah jenama makanan tambahan kanak-kanak yang dipercayai dan berada di pasaran sejak 50 tahun lalu.

“Kami menjangkak­an lebih banyak Chewies akan terjual kerana ini adalah peluang baik yang perlu direbut pelanggan Watsons untuk menyumbang kepada rumah kebajikan yang memerlukan sambil berbelanja.

“Malah, harga produk Chewies yang mampu milik menjadi penyumbang kepada jualan sepanjang kempen berlangsun­g,” katanya selepas pelancaran kempen Beli Satu Derma Satu Chewies di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif AJRP Javed Ghulam Muhammad.

Liew berkata, kempen ini akan berlangsun­g di 470 rangkaian Watsons di seluruh negara.

Javed berkata, pihaknya mendermaka­n sebotol Chewies bagi setiap botol Chewies yang terjual di rangkaian Watsons ke 30 rumah anak yatim terpilih di seluruh negara.

Liew berkata, pihaknya sentiasa mencari peluang memperluas­kan rangkaian dan membuka cawangan baru setiap bulan di lokasi terpilih.

 ??  ?? LIEW (kiri) bersama Javed Ghulam pada pelancaran Chewies di Petaling Jaya.
LIEW (kiri) bersama Javed Ghulam pada pelancaran Chewies di Petaling Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia