Harian Metro

Pakar sahkan Hilter memang dah mati

-

Paris: Penyelidik Perancis yang mengkaji gigi Adolf Hitler menyatakan pemimpin Nazi itu sah meninggal dunia pada 1945 di Berlin kerana mengambil sianida dan ditembak.

“Gigi itu asli, tiada keraguan. Kajian kami berdasarka­n gigi itu menunjukka­n Hitler meninggal dunia pada 1945.

“Kita boleh menghentik­an semua teori konspirasi mengenai Hitler, termasuk dia melarikan diri ke Argentina dengan kapal selam, berlindung dalam kubu di Antartika atau berada di bulan,” kata Profesor Philippe Charlier.

Kajian terhadap gigi Hitler yang disimpan di Moscow oleh Charlier bersama empat lagi penyelidik, disiarkan dalam majalah saintifik European Journal of Internal Medicine, kelmarin.

Analisis gigi Hitler yang buruk dan beberapa gigi palsu menunjukka­n kandungan tartar putih dan tiada kesan serat daging kerana diktator itu cuma makan sayur-sayuran.

Pada Mac dan Julai 2017, agensi perkhidmat­an sulit Russia, FSB dan arkib Russia membenarka­n sepasukan penyelidik memeriksa tulang diktator itu, buat kali pertama sejak 1946.

Penyelidik Perancis memeriksa serpihan tengkorak yang menunjukka­n lubang di sebelah kiri yang kemungkina­n disebabkan peluru.

Saintis tidak dibenarkan mengambil contoh serpihan itu.

Jika kajian mengesahka­n pandangan yang diterima secara umum bahawa Hitler meninggal dunia pada 30 April 1945 dalam kubunya di Berlin dengan kekasihnya, Eva Braun, ia juga menunjukka­n punca sebenar kematian, kata Charlier.

“Kami tidak tahu sama ada ia menggunaka­n sianida untuk membunuh diri atau disebabkan peluru dalam kepala. Kemungkina­n kedua-duanya,” katanya. – AFP

 ?? - AFP ?? SERPIHAN tengkorak yang menunjukka­n lubang di sebelah kiri. Dalam bulatan Hitler.
- AFP SERPIHAN tengkorak yang menunjukka­n lubang di sebelah kiri. Dalam bulatan Hitler.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia