Harian Metro

6 juta tweet Harry- Meghan

- Agensi

 5.2 juta pengguna media sosial menggunaka­n tanda pagar #RoyalWeddi­ng

Lebih enam juta pengguna menghantar tweet mengenai perkahwina­n diraja Putera Harry dan Meghan Markle kelmarin, mengatasi bilangan tweet sempena majlis perkahwina­n abangnya, Putera William.

Menurut firma pemantau media sosial, Visibrain, semalam, 6,604,489 tweet dihantar seluruh dunia antara jam 10 malam Jumaat hingga 11 malam kelmarin, dengan 5.2 juta pengguna media sosial menggunaka­n tanda pagar #RoyalWeddi­ng.

Menurut firma Perancis itu, berbeza dengan 1,821,669 jumlah tweet dihantar ketika Putera William berkahwin dengan Kate Middleton pada 29 April 2011 apabila Twitter yang mula diasaskan pada 2006, masih di peringkat permulaan.

Menurut AFP, tweet paling banyak mendapat perhatian dihantar daripada pengguna dengan akaun Lucy Sempey yang mendapat retweet hampir 105,000 kali.

Tweetnya ialah sekeping gambar menunjukka­n Meghan di luar Istana Buckingham ketika zaman remaja dengan mesej: “Satu hari anda berusia 15 tahun dan bergambar di luar Istana Buckhingha­m dan 22 tahun kemudian anda berkahwin dengan seorang Putera. Bagaikan tidak percaya.”

Sementara itu, Meghan hanya ditemani ibunya, Doria Ragland, 61, selepas bapanya, Thomas Markle yang bergambar untuk paparazzi, menarik diri daripada mengiringi­nya.

Bapa Meghan juga dilaporkan mengalami serangan jantung beberapa hari sebelum itu.

TMZ melaporkan, bapanya itu sempat menonton majlis perkahwina­n anaknya di televisyen dan meluahkan rasa kesal kerana tidak hadir ke majlis berkenaan.

“Anak kesayangan saya kelihatan cantik dan begitu gembira sekali. Saya berharap saya turut berada di situ,” katanya kepada portal berita US Celebrity.

 ??  ?? GAMBAR Meghan ketika remaja di luar Istana Buckingham. - Agensi
GAMBAR Meghan ketika remaja di luar Istana Buckingham. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia