Harian Metro

TERIMA BAYARAN MINGGU DEPAN

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

Semua pemenang Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 kini boleh menarik nafas lega kerana bakal menerima wang hadiah kemenangan masing-masing seawal minggu depan.

Ketua Pegawai Operasinya, M Kumaresan berkata, pihaknya sudah menghantar senarai penuh nama individu dan pasukan yang menang setiap peringkat LTdL 2018 kepada Kementeria­n Belia dan Sukan, bulan lalu.

Justeru, Kumaresan berkata, pihaknya sudah menerima sejumlah peruntukan daripada Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) pada 7 Mei bagi membolehka­n Ciclista Sports Sdn Bhd (penganjur LTdL) menjelaska­n bayaran wang hadiah kemenangan secepat mungkin.

“Jadi, sekarang kita membuat pengiraan jumlah yang patut dibayar kepada setiap pemenang individu atau pasukan, sekali gus membolehka­n mereka menerima bayaran wang hadiah kemenangan yang akan dikreditka­n ke akaun masing-masing minggu depan.

“Kami juga akan mengeluark­an kenyataan media rasmi mengenai jumlah sebenar wang hadiah kemenangan yang dibayar kepada pemenang selepas semua bayaran dikreditka­n ke akaun setiap pasukan nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam pada itu, Kumaresan berharap pihak kerajaan terus memberi kepercayaa­n kepada Ciclista untuk menganjurk­an LTdL 2019 seperti kontrak ditandatan­gani bersama KBS, sebelum ini.

Tambahan pula, Kumaresan

 Ciclista kredit wang hadiah kemenangan ke akaun pemenang LTdL

berkata, pihaknya berjaya menganjurk­an LTdL 2018 dengan cemerlang dan lancar tanpa sebarang masalah besar.

Perlumbaan LTdL 2018 sejauh 1,341 kilometer (km) bermula 18 hingga 25 Mac lalu yang disertai 22 pasukan termasuk dua berstatus Pro Tour iaitu Astana Pro Team dan Dimension Data dimenangi pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Artem Ovechkin dari Russia yang juga pemenang jersi kuning.

Wakil pasukan tempatan, Team Sapura Cycling (TSC), Zawawi Azman, 24, dinobatkan selaku pelumba terbaik negara di LTdL 2018 selepas mencatat masa keseluruha­n 32 jam 10 minit 50 saat dalam perlumbaan lapan peringkat itu.

 ??  ??
 ??  ?? AKSI pelumba LTdL pada peringkat ketiga dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu Mac lalu.
AKSI pelumba LTdL pada peringkat ketiga dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu Mac lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia