Harian Metro

Beregu penentu nasib

-

Bangkok: Kunci kemenangan Malaysia apabila berdepan Indonesia dalam aksi pembukaan Kumpulan D Piala Uber hari ini mungkin terletak pada gandingan beregu wanita.

Jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak, mengakui apa saja keputusan menentang Indonesia akan menentukan siapa yang akan layak ke suku akhir.

“Ia amat rumit apabila aksi pertama pertanding­an yang akan menentukan nasib pasukan.

“Bagaimanap­un peluang kedua-dua pasukan adalah seimbang. Kunci utama terletak pada beregu wanita.

“Saya berkata sebegitu kerana perseorang­an wanita tidak begitu bergantung kepada strategi percaturan pemain. Ia sepenuhnya bersandark­an pada ranking, kita akan tahu siapa akan bertemu siapa esok.

“Sebab itu perjudian kami lebih kepada beregu wanita. Kami amat yakin Indonesia akan menurunkan beregu terkuat (Greysia Polii-Apriyani Rahayu dan Della Destiara Haris-Rizki Amelia Pradipta), jadi kami perlu tampil dengan perancanga­n terbaik,” kata Rosman ketika ditemui pada sesi pemanas badan di Dewan Badminton Hippocampu­s.

Dengan ketiadaan Woon Khe Wei, yang juga beregu nombor satu negara bersama Vivian Hoo, Malaysia akan meletakkan sandaran kepada pemain baru Goh Yea Ching, Soong Fie Cho, Tee Jing Yi, Chow Mei Kuan dan Lee Meng Yean untuk membentuk gandingan padu untuk mencapai misi ke suku akhir.

Kali terakhir Malaysia layak ke suku akhir Piala Uber adalah di Kuala Lumpur pada 2010.

Pasukan lain yang diundi dalam Kumpulan D adalah pilihan utama dan pemenang 14 kali, China dan Perancis.

Bagaimanap­un peluang kedua-dua pasukan adalah seimbang. Kunci utama terletak pada beregu wanita”

Rosman Razak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia