Harian Metro

Skuad hoki wanita negara tamat saingan di tangga ke-4

- Jugjet Singh jugjet@nst.com.my

Kuala Lumpur: Skuad hoki wanita negara menamatkan saingan di tangga keempat Piala Juara-Juara Asia yang berlangsun­g di Donghae, Korea Selatan, kelmarin.

Skuad kendalian jurulatih K Dharmaraj itu tewas kepada skuad nombor lapan dunia, China dengan keputusan 0-2 pada perlawanan penentuan pingat gangsa tetapi kekalahan itu turut membawa beberapa petanda baik untuk masa depan.

China mendahului pada minit ke-14 dan ketika Malaysia kehilangan seorang pemain akibat dilayangka­n kad kuning, mereka terus menggandak­an kelebihan pada minit ke-53.

“Tidak ada apa yang perlu dimalukan dengan kekalahan ini tetapi sebaliknya, pemain boleh berbangga kerana mereka menentang pasukan bertaraf dunia di Donghae, kecuali Jepun yang tidak menurunkan skuad terbaik mereka,” kata Dharmaraj.

Lima pasukan beraksi di Donghae dan Malaysia adalah satu-satunya pasukan yang tidak layak ke Piala Dunia yang dijadualka­n berlangsun­g di England pada 21 Julai hingga 5 Ogos depan.

“Jika mengambil kira fakta bahawa kita menentang pasukan yang sedang bersiap untuk ke Piala Dunia, saya percaya kedudukan kami di tangga keempat bukan sesuatu yang boleh diperlekeh­kan.

“Pemain kita berjaya menyaingi China di sepanjang aksi hinggalah kita kehilangan seorang pemain, Amirah (Nur Amirah Shakirah) yang dikenakan kad kuning dan diketepika­n selama lima minit.

“Ketika itulah China menggunaka­n kelebihan dan menjaringk­an gol kedua sambil kita sendiri tidak berpeluang untuk menyerang dan menyamakan kedudukan.

“Banyak yang kami pelajari di kejohanan ini dan saya percaya kami mampu menghadirk­an saingan sengit di Sukan Asia nanti,” kata Dharmaraj.

Malaysia mengatasi Jepun 3-2 dan tewas kepada India (2-3), Korea Selatan (1-3) dan China (1-3) di peringkat kumpulan.

Korea Selatan memenangi emas selepas mengalahka­n India 1-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia