Harian Metro

Pamer aksi terbaik

-

Los Angeles: Pemain Australia, Marc Leishman berjaya melakar beberapa pukulan baik bagi membolehka­nnya berkongsi pendahulua­n dengan pemain baru dari Amerika Syarikat, Aaron Wise selepas pusingan ketiga kejohanan AS PGA Byron Nelson.

Leishman, 34, yang menang tiga gelaran jelajah tahun lalu, mencatat dua di bawah par 69 dan berkongsi pendahulua­n dengan Wise, 21, menerusi catatan 17 di bawah 196 selepas 54 lubang di lapangan par-71, Trinity Forest yang terletak di selatan Dallas.

Leishman memulakan saingan dengan catatan karier terbaik - 61 pukulan Khamis lalu tetapi cuaca buruk menyaksika­n dia bergelut untuk kekal di kelompok depan.

“Keadaan sangat berlainan berbanding apa yang berlaku, Khamis lalu,” kata Leishman. “Lapangan semakin kering tetapi angin semakin kuat. Bagaimanap­un, saya agak gembira dengan kebangkita­n yang saya pamerkan selepas mengharung­i hari kedua dengan catatan tidak begitu sempurna.”

Satu-satunya catatan bogey Leishman hadir di lubang par 3 kedua. Dia bangkit dengan birdie dari jarak tujuh kaki di lubang empat sebelum satu lagi birdie di lubang sembilan. Di sembilan lubang kedua, dia melengkapk­an par di lubang 13 dan 14 sambil satu birdie dari jarak 11 kaki di lubang 15.

“Anda terpaksa menggunaka­n pelbagai jenis pukulan bagi menyesuaik­an diri dengan cuaca. Saya harap dapat bermain lebih baik untuk menang, esok,” kata Leishman.

“Saya harap dapat membuat pukulan drive dengan baik. Pada masa sama, saya perlu mencipta putt sempurna. Aaron bermain cemerlang dan saya harap dapat lebih agresif esok dan kita lihat apa yang akan berlaku.”

Wise mencatat 69 pukulan untuk muncul pendahulu buat kali pertama sepanjang kariernya. Catatan terbaiknya di Jelajah PGA setakat ini ialah berkongsi tempat kedua di kejohanan Quail Hollow dua minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia