Harian Metro

KEKAL ATAU DIPECAT?

- AFP

 Masa depan Conte di Stamford Bridge masih jadi tanda tanya

London

Antonio Conte mengingatk­an Chelsea bahawa beliau tidak akan mengubah pendiriann­ya dan jurulatih yang menghadiah­kan kejuaraan Piala FA buat The Blues itu menunggu keputusan sama ada bakal dipecat atau tidak.

Conte mengakhiri musim bermasalah dengan catatan terbaik selepas kejayaan Chelsea menewaskan Manchester United 1-0 pada final Piala FA, awal pagi semalam di Wembley.

Sepakan penalti pada babak pertama yang disudahkan Eden Hazard sudah cukup untuk Conte merangkul trofi kedua selepas dua tahun tugasnya bersama The Blues.

Sama ada kejayaan di Piala FA cukup untuk meyakinkan pemilik Chelsea, Roman Abramovich untuk tidak memecat Conte, keraguan terhadap pengurus dari Itali itu tetap kekal selepas skuadnya menamatkan Liga Perdana di kedudukan kelima dan gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara.

Conte berselisih faham dengan pengurusan kelab itu yang gagal menjayakan perancanga­n perpindaha­n yang dimahukan selepas muncul juara Liga Perdana musim lalu.

Conte juga dikatakan mengecam peribadi beberapa bintang Chelsea selain mengenakan latihan yang keras.

Tetapi, bekas jurulatih Juventus dan Itali itu menganggap gaya pengurusan­nya menjadikan beliau ‘pemenang bersiri’ yang patut dihormati.

“Selepas dua tahun, kelab ini mengenali saya dengan sangat baik, jika mereka ingin terus bekerja dengan saya, mereka mengenali saya. Saya tidak boleh berubah, cara saya sentiasa sama, kerja keras dan membina mentaliti yang kuat dengan pemain saya.

“Saya tidak boleh berubah, saya fikir apa yang saya katakan sebelum ini sangat jelas sebagai pemain dan sebagai pengurus.

“Anda boleh katakan apa yang anda mahu, tapi saya pemenang bersiri. Saya membuktika­nnya di England, dalam saat sukar buat kelab.

“Saya membuktika­nnya hari ini, kerana kami menemui jalan yang betul untuk memenangi trofi. Ia adalah satu saat yang anda mempunyai banyak persoalan mengenai diri

sendiri.”

 ??  ?? JESSE Lingard kecewa gagal bantu United.
CONTE ASHLEY Young gagal menahan kesedihan selepas tewas kepada Chelsea.
JESSE Lingard kecewa gagal bantu United. CONTE ASHLEY Young gagal menahan kesedihan selepas tewas kepada Chelsea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia