Harian Metro

Mourinho selar taktik Conte

-

Wembley, United Kingdom: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho malu dengan taktik seteru lamanya, Antonio Conte apabila anak didiknya gagal memecahkan benteng kebal Chelsea ketika tewas 0-1 di final Piala FA, awal pagi semalam. Penalti minit ke-22 Eden Hazard menjadi pemisah antara dua pasukan berkenaan dan memastikan musim kedua

Mourinho di Old Trafford berakhir tanpa trofi.

United melalui musim Liga Perdana jauh lebih baik berbanding Chelsea ketika skuad kendalian Conte gagal ke Liga Juara-Juara apabila menamatkan saingan di tangga kelima setahun selepas bergelar juara.

Walaupun menamatkan saingan di tangga kedua liga di belakang Manchester City, pendekatan Mourinho banyak dikritik musim ini kerana kurang sentuhan dan permainan menarik seperti ditunjukka­n City dan finalis Liga Juara-Juara, Liverpool.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada mereka kerana mereka menang, tetapi saya tidak rasa mereka berhak menang,” kata Mourinho.

“Saya curiga untuk membaca hari ini dan esok, untuk melihat, mendengar pendapat anda (media).”

Mourinho dan

Conte sering bertelagah sejak pengendali Chelsea itu tiba di

England dua tahun lalu.

Namun, secara taktikal mereka kelihatan sama walaupun Mourinho mengkritik­nya, kekuatan pertahanan

Chelsea mendapat inspirasi daripada organisasi baik

Conte dan ia dilakukan Mourinho ketika meraih banyak trofi dalam kariernya.

Mourinho juga menyatakan pada malam sebelum perlawanan bahawa beliau tidak faham apa dikatakan media mengenai “menghiburk­an.” - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia