Harian Metro

Gol Hazard julang Chelsea

-

London: Jaringan penalti Eden Hazard pada babak pertama perlawanan menghadiah­kan Chelsea kejuaraan Piala FA selepas menewaskan Manchester United 1-0 di Wembley, awal pagi semalam.

Ia adalah Piala FA kelapan dimenangi Chelsea, sekali gus memastikan skuad kendalian Antonio Conte itu mengubat duka gagal melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Gol kemenangan itu berpunca daripada serangan balas apabila Hazard yang membuat larian solo dijatuhkan pertahanan United, Phil Jones di dalam kotak penalti untuk pengadil perlawanan Michael Olivier menghadiah­kan sepakan itu pada minit ke-22.

Hazard yang diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan akhir menolak mudah ke sebelah kiri gawang untuk mengeliruk­an penjaga gol United, David de Gea.

United berjaya memecah kebuntuan, tetapi gol yang dijaringka­n Alexis Sanchez pada minit ke-62 dibatalkan kerana ofsaid.

The Blues turut mempunyai peluang terbaik untuk menggandak­an jaringan pada minit ke-70, tetapi percubaan situasi satu lawan satu pertahanan kiri, Marcos Alonso tepat ke dakapan De Gea.

Kekalahan itu menyaksika­n United yang menamatkan saingan EPL di kedudukan kedua menutup kempen ini tanpa sebarang koleksi piala.

Pertembung­an final kali ini dijangka menjadi penampilan terakhir Conte bersama Chelsea selepas pengendali dari Itali itu difahamkan tidak berpuas hati dengan kegagalan pengurusan kelab menyediaka­n dana secukupnya untuk berbelanja pada jendela perpindaha­n. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia