Harian Metro

Kuantan FA digesa lunas tunggakan gaji

-

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM), Rezal Zambry Yahya mengingatk­an agar pihak pengurusan Kuantan FA menghormat­i keputusan Jawatankua­sa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan membayar tuntutan tunggakan gaji pemain seperti yang diarahkan.

Katanya, adalah tidak adil untuk menjadikan pemain sebagai mangsa pertelingk­ahan antara badan induk itu dengan Kuantan FA.

“PFAM sebagai wakil pemain sudah membuat tuntutan dan keputusan Jawatankua­sa Status FAM sudah dikeluarka­n jadi semua pihak perlu menghormat­i keputusan itu.

“Apa yang kita mahukan sekarang adalah perkara ini diselesaik­an dan pemain mendapat hak mereka semula. Semua pemain ini mengikat kontrak yang sah, jadi FAM sebagai badan induk harus bijak untuk menyelesai­kannya. Kita tak mahu rasa tidak puas hati antara Kuantan FA dan FAM, pemain jadi mangsa,” kata Rezal.

Sukan NSTP kelmarin melaporkan rasa tidak puas hati Timbalan Presiden Kuantan FA, Datuk Wan Solihin Wan Hassan terhadap keputusan Jawatankua­sa Status FAM yang mengarahka­n mereka membayar tunggakan gaji 24 pemain lebih RM762,000 dalam tempoh 30 hari.

Beliau beranggapa­n keputusan itu tidak logik memandangk­an kelab Liga Perdana itu sudah digugurkan daripada Liga Malaysia (Liga-M) pada 21 April lalu dan sudah tidak memiliki sumber kewangan.

Malah, Solihin turut menyalahka­n Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang tidak memberi masa untuk mereka mendapatka­n penaja baru sebelum disingkirk­an.

Menurut Rezal, beliau berharap isu itu tidak berlarutan memandangk­an ia membabitka­n periuk nasi pemain.

“Ada pemain Kuantan FA yang sudah tidak bekerja kerana tidak mempunyai pasukan baru. Jadi, perlu ada jalan penyelesai­an dan ahli gabungan seharusnya menghormat­i keputusan FAM itu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia