Harian Metro

‘Tarik’ pemain B-21

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

 Shebby tak mahu Kim Swee ‘kejar’ pemain B-23 negeri, kelab

Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh menggesa agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menagih simpati pasukan negeri dan kelab bagi melepaskan pemain bawah 23 tahun (B-23) untuk beraksi di Sukan Asia di Indonesia, Ogos ini.

Ini kerana beliau berpendapa­t, jurulatih Datuk Ong Kim Swee boleh menggunaka­n pemain B-21 untuk mengisi kekosongan andai ada pemain B-23 yang tidak dapat bersama pasukan.

“Setakat ini kita masih belum tahu sama ada pasukan akan lepaskan pemain atau tidak untuk ke Sukan Asia tapi saya percaya akan timbul konflik kerana tarikh Sukan Asia bertembung dengan kempen Piala Malaysia.

“FAM tidak ada kuasa untuk mengarahka­n pasukan negeri atau kelab melepaskan pemain kerana Sukan Asia tidak termasuk dalam kalendar FIFA. Jadi daripada pening kepala memikirkan hal ini, adalah lebih baik Kim Swee beri peluang kepada pemain lain.

“Kalau tak boleh guna pemain B-23 terbaik, guna pemain B-23 kedua terbaik. Kalau tak boleh juga, guna saja pemain B-21 sebagai pendedahan untuk masa depan,” katanya.

Sukan NSTP kelmarin melaporkan kebimbanga­n Kim Swee mengenai persiapan pasukannya kerana belum ada jaminan beliau akan dapat memanggil pemain terbaik ke Sukan Asia memandangk­an jadual bertindih dengan Piala Malaysia.

Ketika mempersiap­kan pasukan menghadapi Kelayakan Piala Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) B-23 di Bangkok, Thailand pada Julai tahun lalu, Kim Swee dikejutkan apabila hanya enam daripada 26 pemain yang disenarai melaporkan diri pada hari pertama latihan pusat.

Bekas jurulatih kebangsaan itu sebelum ini berhasrat untuk membawa skuad terbaik ke Sukan Asia selepas mereka melakar sejarah mara ke suku akhir Kejohanan AFC B-23 di China awal tahun ini.

Serbegeth yang juga pengulas bola sepak di stesen televisyen tempatan dan antarabang­sa berkata, andai Kim Swee tidak dapat menurunkan skuad terbaik, sasaran tinggi tidak seharusnya diletakkan di bahunya.

“Kalau guna ramai pemain lebih muda, jangan pula kita letak sasaran tinggi, beri tekanan kepada mereka. Kita kena sedar diri. Kalau kena belasah sekali pun, itu harga yang perlu dibayar atas dasar pendedahan,” katanya.

 ??  ?? KIM Swee (kanan) bimbang tidak dapat bentuk pasukan terbaik hadapi Sukan Asia.
KIM Swee (kanan) bimbang tidak dapat bentuk pasukan terbaik hadapi Sukan Asia.
 ??  ?? SERBEGETH
SERBEGETH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia