Harian Metro

Dollah bimbang

Kecederaan Sumareh, Afif rencat persiapan Pahang

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Saya mengharapk­an kesebelasa­n terbaik untuk berdepan Kedah”

Dollah Salleh

Pemain pertahanan Pahang, Afif Amiruddin disahkan tidak dapat bersama Tok Gajah yang bakal ke Stadium Darul Aman, esok kerana masih belum pulih daripada kecederaan.

Nasib pemain tengah, Mohamadoe Sumareh yang turut dibelenggu kecederaan pula hanya akan diketahui pada hari perlawanan.

Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, berdasarka­n perkembang­an terbaru, beliau tidak dapat membawa Afif ke Alor Setar kerana pemain itu masih dalam proses pemulihan.

“Namun, saya boleh sahkan bahawa Sumareh akan bersama pemain lain. Tapi, saya perlu menilai tahap kecederaan­nya kerana kehadiran pemain itu dalam pasukan amat diperlukan.

“Pada masa sama, saya mengharapk­an kesebelasa­n terbaik untuk berdepan Kedah yang pastinya mahu mengutip tiga mata di laman mereka.

“Ini kerana Kedah semakin mempamerka­n persembaha­n meyakinkan dalam dua perlawanan terakhir termasuk menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan pada 13 Mei lalu,” katanya.

Justeru, Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan mahu anak buahnya tidak terlalu mengikut rentak permainan lawan bagi mengelak keciciran mata.

Katanya, kunjungan ke Alor Setar bukan saja menebus kehampaan seri 1-1 pada pusingan pertama Liga Super, malah kembali merekodkan kemenangan.

“Kekalahan tipis 0-1 kepada Terengganu FC (TFC) pada 11 Mei lalu, tidak sepatutnya dialami pasukan. Tapi, kami perlu kembali mengutip mata untuk mengejar pasukan yang berada di tangga teratas,” katanya.

 ??  ?? SKUAD Tok Gajah harap Sumareh (kiri) dapat beraksi menentang Kedah.
SKUAD Tok Gajah harap Sumareh (kiri) dapat beraksi menentang Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia